Connect with us

Oh! Media

The Batman Dan Doctor Strange Tidak Akan Ditayangkan Di Negara Rusia Sahaja

warner bros

Trending

The Batman Dan Doctor Strange Tidak Akan Ditayangkan Di Negara Rusia Sahaja

Macam-macam sekatan yang dihadapi negara Rusia sekarang ni selepas memutuskan untuk melakukan serangan ke atas Ukraine. Terbaru, sekatan ini datang dari Warner Bros pula apabila tidak akan menayangkan filem terbaru mereka di Rusia.

ADVERTISEMENT

Filem yang terlibat adalah The Batman dan ia disahkan sendiri oleh jurucakap WarnerMedia selepas menilai situasi krisis yang berlaku.

Berdasarkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine, WarnerMedia akan menghentikan penayangan filem The Batman buat sementara waktu dan menilai semula situasi krisis yang berlaku.

Kami berharap agar ada satu penyelesaian secara damai berhubung tragedi ini. – Katanya.

Bukan Warner Bros sahaja lakukan penarikan filem di Rusia

Berdasarkan laporan lain, pihak Disney turut melakukan perkara sama. Ini bermakna filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan pada bulan Mei nanti turut tidak akan ditayangkan di Rusia.

Difahamkan, studio-studio besar mengambil keputusan ini selepas industri perfileman Hollywood tidak menyokong serangan dilakukan Rusia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas