Trending
”Dianiaya Seperti Tiada Hati, Tahu Rasanya Dibunuh Tapi Tak Mati?” – Abby Abadi
Pelakon terkenal, Abby Abadi sekali lagi menarik perhatian warganet apabila memuat naik luahan hati penuh emosi.
Menerusi TikTok, pelakon itu seakan mencerminkan perasaan kecewa dan kesabaran yang kian diuji.
Jangan ajar aku tentang sabar, aku pernah dikecewa setengah nyawa.
Dianiaya seperti tiada hati, kamu tahu rasanya dibunuh tapi tidak mati?
Abby Abadi minta didoakan kekuatan diri
Meskipun sedang berdepan ujian, Abby tetap memohon agar orang ramai tidak bersimpati, sebaliknya mendoakan agar dirinya kekal kuat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat.
Tak berharap apa-apa, cuma doakan saya terus kuat dan jadi terhebat berjuang untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Isu keluarga masih hangat diperkatakan

Sejak minggu lalu, konflik keluarga Abby mula menjadi tumpuan ramai selepas menantunya, Ahmad Aslam, membuat permohonan maaf secara terbuka.
Isu tersebut kemudiannya berlanjutan dengan kenyataan balas antara Abby, Aslam dan dua isterinya, Umisya Mazlan serta Marissa Dania di media sosial.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM