Connect with us

Oh! Media

“Dia Rasa Tertidur 1 Jam Je” – Remaja Ditemui Lemah Lepas 2 Malam Hilang

Trending

“Dia Rasa Tertidur 1 Jam Je” – Remaja Ditemui Lemah Lepas 2 Malam Hilang

Remaja lelaki berusia 13 tahun yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak malam kelmarin akhirnya ditemui.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Ditemui Merangkak, Sesat Selepas Keluar Ke Tandas

Penemuan itu dimaklumkan sendiri bapa saudaranya, Azizul Rahman menerusi beberapa perkongsian di Facebook.

Menurut Azizul, Muhamad Iznun Al Hazim dijumpai lebih kurang jam 6 petang hari ini selepas hilang selama dua malam.

Syukur alhamdulillah. Selepas 2 malam hilang, petang ni lebih kurang jam 6 petang (12.1.2022) ditemui. Tengah jalan 2 km dari rumah dalam keadaan lemah longlai, lesu, trauma. Bila disuruh tidur dia hanya cakap dia takut. Syukur terima kasih semua yang mndoakan, yang buat solat hajat, orang ramai buat ikhtiar bermacam cara…terima kasih banyak-banyak kak yah. Orang yang menjumpai.

Tambahnya, anak saudaranya itu ditemui dalam keadaan lemah, lesu dan trauma kira-kira 2 kilometer dari rumah di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.

Menceritakan apa sebenarnya yang terjadi, anak saudara memberitahu pada malam kejadian dia berjalan dalam keadaan gelap. Dia cuba membaca Whatsapp tapi keadaannya ketika itu sangat mengantuk.

Dia hanya tau dia dalam hutan dan tertidur lagi. Bila buka mata dia hanya sedar di tempat yang dijumpai. Lebih kurang 2 km dari Kampung Pasir Linggi. Dia cuma rasa hanya tertidur hanya 1 jam sahaja.

Terdahulu, media melaporkan mangsa dikatakan bermain sepak takraw pada 10 malam bersama rakannya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Selepas satu jam menunggu, mangsa tidak keluar semula menyebabkan rakan menyangka dia pulang ke rumah.

Kredit: Facebook Azizul Rahman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas