Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Ditemui Merangkak, Sesat Selepas Keluar Ke Tandas

Trending

Warga Emas Ditemui Merangkak, Sesat Selepas Keluar Ke Tandas

Warga Emas adalah peringakat atau fasa yang akan dilalui manusia apabila telah menjangkau usia 60 tahun ke atas dan memiliki fizikal yang mula ‘mengecut’.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Alami Tekanan, Hidup Tak Keruan Selepas Bunuh Ular

Pada fasa itu juga, mereka akan mengalami masalah ingatan yang mana berlaku perubahan dan kemerosotan fungsi pada semua bahagian badan termsuklah otak.

Disebabkan perkara itu, sesetengah warga emas mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk mengingati atau memahami segala informasi baharu lebih-lebih yang sudah menjangkau usia 80 tahun.

Warga emas tersesat ketika cari tandas

Namun, terdapat kejadian yang mana seorang wanita warga emas bernama Siti Asmah Dollah yang tersesat ketika mencari tandas di belakang rumahnya.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Siti Hajar Mubin, selepas pihaknya berjaya menemui wanita tersebut ketika kebetulan mengadakan lawatan ke rumahnya.

Menurutnya, dalam kejadian di Kampung Kuala Sat, Jerantut, kira-kira 9 pagi itu, wanita warga emas itu didapati mengalami masalah saraf, penglihatan dan juga kurang daya ingatan.

Bercerita tentang kejadian, ketika itu sekumpulan wanita UMNO telah datang sempena program ziarah kasih di rumah tersebut sebelum dimaklumkan tentang kehilangan itu oleh suaminya yang berusia 82 tahun.

Mengetahui hal itu, 14 ahli Wanita UMNO telah bergegas mencarinya di kawasan sekitar sebelum menemuinya berhampiran kawasan hutan.

Dijumpai dalam keadaan kepenatan

Menurutnya lagi, ketika wanita warga emas itu ditemui, mereka menemuinya dalam keadaan merangkak oleh kerana terlalu penat.

Sumber: Kosmo!

Dalam masa lima minit mencari kami menemui wanita berkenaan yang sedang merangkak dan berada dalam keadaan kepenatan.

Kami segera mengusungnya ke dalam rumah dan bersyukur dia tidak mengalami apa-apa kecederaan dan cuma penat kerana berjalan dan merangkak agak jauh.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Siti Hajar menyatakan bahawa wanita itu telah menderita penyakit saraf dan hanya mampu merangkak untuk bergerak.

Selain itu, segala makan minum serta keperluan harian wanita tersebut juga diuruskan oleh suaminya.

Beri sumbangan kerusi roda

Dalam pada itu, Wanita UMNO negeri akan menyumbangkan sebuah kerusi roda kepadanya bagi memudahkan segala pergerakan di dalam dan luar rumah.

Menerusi program itu juga, mereka turut menyumbangkan barangan makanan serta sedikit wang tunai bagi meringankan beban pasangan suami isteri itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas