Connect with us

Oh! Media

Menteri Agama Pantau TikTok Live Ajaran The Ahmadi

Ajaran the ahmadi ohmedia

Oh! Tidak

Menteri Agama Pantau TikTok Live Ajaran The Ahmadi

Kalau masuk fyp TiktTok korang, mesti akan perasan ada satu kumpulan ni tengah gigih sebarkan ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace.

Boleh dikatakan setiap hari mereka akan buat live dan ramai juga yang masuk untuk dengar ajaran diorang ni. Ada yang masuk menyokong dan ramai juga yang mengecam tindakan kumpulan terbabit.

Menteri Agama pantau ajaran The Ahmadi…

Terbaru, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut mengakui dia juga ada mendengar ajaran The Ahmadi ini dan mendapati ia bertentangan dengan syariat Islam.

IKLAN

Sebagai menteri agama, saya memandang serius terhadap ajaran ini. Saya arahkan semua agensi di bawah saya untuk memantau ajaran di media sosial.

Sudah tentu pihak kami mahu kandungan seumpama ini diturunkan sebab tidak mahu generasi muda dan pengguna media sosial terpengaruh dengan ajaran ini.

SKMM dan PDRM turut sedang menyiasat pergerakan kumpulan terbabit…

Bagi memastikan kumpulan ini terkawal, perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan PDRM turut dilakukan.

Ini bagi memastikan masyarakat kurang ilmu agama tidak terpengaruh dengan ajaran yang cuba disebarkan.

Sebab ada dalam kalangan masyarakat kita apabila dengar ada yang guna istilah Bahasa Arab, mereka akan fikir ini tok guru. Ini yang kita tidak mahu tengok ia berlaku dalam masyarakat.

Diharapkan sesuatu dapat dilakukan kerana jika kumpulan seumpama ini dibiarkan, ia akan menjadi barah yang bahaya kepada masyarakat terutama mereka yang beragama Islam.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas