Connect with us

Oh! Media

“Demi Berlaku Adil Kepada Pelanggan”- Ini Peraturan Baru Dari Pihak Chef Ammar Untuk Pastikan Semua Dapat

chef ammar

Oh! Artis

“Demi Berlaku Adil Kepada Pelanggan”- Ini Peraturan Baru Dari Pihak Chef Ammar Untuk Pastikan Semua Dapat

Sejak dari awal Ramadan hari itu, nama tukang masak asal Palestin, Chef Ammar Ali terus menjadi sebutan. Terbaru, timbul pula rasa tidak puas hati ramai pelanggannya apabila terpaksa beratur panjang dengan lama dan akhirnya berasa hampa kerana sudah habis dan tidak dapat membeli.

ADVERTISEMENT

Selepas mendengar sendiri keluhan dari pelanggannya, Chaf Ammar tampil dengan peraturan baru bagi berlaku adil dan memastikan semua yang hadir ke Bazar Ramadan Shah Alam dapat membawa pulang Nasi Arabnya.

Memetik laporan mStar, Chef Ammar mengakui ramai yang datang beli untuk keluarga dan kawan-kawan. Disebabkan itu dia tidak dapat mengawal permintaan pelanggan tapi selepas berbincang, Chef Ammar bersetuju untuk mengehadkan pembelian sebanyak 4 set seorang.

Tak boleh salahkan peniaga kerana luar kawalan

Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

Kami juga telah bercakap dengan pihak berwajib mengenai isu ini dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana kerana perkara itu diluar kawalan saya.

Terpulang kepada peniaga tentukan solusi

Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan. – Katanya.

Chef Ammar turut memaklumkan pihaknya akan memasang banner pemberitahuan untuk memastikan semua pelanggan yang hadir sedia maklum dengan peraturan baru terbabit.

Chef Ammar akui ramai bagi cadangan termasuk suruh bungkus siap-siap tapi tak syoklah!

Ada juga yang minta Chef Ammar bungkus Nasi Arab siap-siap bagi mempercepatkan proses jual beli. Dia bagaimanpun mengatakan cadangan itu tidak sesuai kerana mereka mahu orang lihat cara makanan yang disediakan termasuk skill yang digunakan secara langsung. Ini juga bagi memastikan kualiti makanan yang dijual terjaga.

Bukan KFC atau Mekdi…

Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.

Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.

Banyak behind the scene kita tidak tahu…

Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula… semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak

Dalam pada itu, antara cara lain yang difikirkan untuk menambah baik proses perniagaan, Chef Ammar turut bercadang untuk menyediakan express lane untuk ibu-ibu mengandung dan warga emas. Dia juga akan menambah juruwang bagi memastikan proses bayarang berjalan dengan pantas dan mudah.

Terakhir, Chef Ammar berharap agar pelanggan turut dapat berlaku adil sesama pelanggan lain dan mereka pula sebagai peniaga akan cuba berlaku adil kepada semua.

Bagi saya, kita kena educate sikap masing-masing. Kami cuba berlaku adil, maka pelanggan juga harus adil sesama mereka. Makanan ini bukan untuk sesetengah orang, tapi kami buat untuk semua. Kami cuba beri yang terbaik di samping kekalkan kualiti,

Harapnya tidak ada lagilah isu yang timbul tentang pembelian di gerai Chef Ammar ini. Jadi lepasni, korang yang bercadang untuk ke Bazar Shah Alam boleh rancang dan fahami dahulu peraturan yang ditetapkan peniaga. Jangan mengamuk kata tak puas hati sebab tak boleh beli banyak pula.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas