Connect with us

Oh! Media

Lelaki Sengaja Langgar Wanita Di Bazar Ramadan, Mengaku Sudah Lama Gersang

Ohmedia lelaki gersang langgar wanita bazar ramadan

Oh! Tidak

Lelaki Sengaja Langgar Wanita Di Bazar Ramadan, Mengaku Sudah Lama Gersang

Seorang lelaki mencetuskan kemarahan ramai selepas videonya tular kerana dilihat sengaja melanggar beberapa wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh. Kejadian yang sempat dirakam itu menunjukkan suspek bertindak biadab terhadap pengunjung wanita sehingga mencetuskan kebimbangan.

Namun, tindakan pantas orang awam berjaya menahan lelaki berusia 41 tahun itu sebelum diserahkan kepada pihak polis pada petang Rabu.

Mangsa turut buat laporan polis…

Image

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, tiga wanita tampil membuat laporan selepas insiden tersebut menjadi tular di TikTok.

IKLAN

Mangsa pertama berusia 26 tahun melaporkan telah dicabul pada 6 Mac, manakala dua lagi mangsa berusia 23 dan 27 tahun dicabul pada Isnin lalu.

Suspek dipercayai sengaja melanggar serta menyentuh bahagian dada dan punggung mangsa ketika mereka sedang berjalan membeli juadah berbuka.

Suspek buat pengakuan mengejutkan…

Suspek mengakui terlibat dalam kes itu dan menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dirinya yang menghidap HIV positif sejak 13 tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan, lelaki itu turut mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. Buat masa ini, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman.

#ApaKataOhmedia

Tindakan pantas orang awam yang berjaya menangkap suspek memang wajar dipuji! Harapnya kes ini jadi pengajaran buat semua supaya lebih peka dengan persekitaran. Jika ada kejadian mencurigakan, jangan takut untuk bertindak atau laporkan kepada pihak berkuasa.

Ohmedia lelaki gersang langgar wanita bazar ramadan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas