Connect with us

Oh! Media

Peniaga Bazar Kantoi Simpan Lokcing Tak Habis Bawah Kanvas, KKM Terus Serbu!

peniaga bazar ramadan

Oh! Tidak

Peniaga Bazar Kantoi Simpan Lokcing Tak Habis Bawah Kanvas, KKM Terus Serbu!

Kecoh di media sosial video menunjukkan peniaga lokcing di Bazar Ramadan Stadium Cheras, Sri Permaisuri menyimpan makanan seperti ‘lokcing’ yang tak habis dijual secara terdedah.

BACA: #RENUNGAN Jual Makanan Rosak Di Bazar Ramadan? Neraka Menanti Peniaga

IKLAN

Dalam video yang tersebar, kelihatan sosej dan bebola ayam diletakkan di dalam bakul raga dan ditutup dengan kanvas biru.

Simpan lokcing tak habis macam tu je?

@itik289674

Tak boleh sangka baik sebab dari minggu lepas buat macam ni. #cheras #bazarramadan

♬ original sound – Itik289674 – Itik289674

Di atas kanvas biru itu pula diletakkan kerusi plastik untuk mengelakkan kanvas diterbangkan angin. Biar betul?

Situasi ini nyata mencetuskan kemarahan orang ramai. Ramai meluahkan rasa kecewa kerana makanan tersebut mungkin tidak lagi selamat untuk dimakan.

KKM terus bertindak, gerai diserbu tengah hari!

Apa yang lebih melegakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan telah menjalankan serbuan di lokasi kejadian sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Tindakan pantas ini turut dipuji netizen yang menyaksikan sendiri kehadiran pihak berkuasa. Mereka berharap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap mana-mana peniaga yang tidak menjaga kebersihan dan keselamatan makanan.

#ApaKataOhmedia

Terkejut juga tengok makanan tak habis dibiarkan macam tu je. Ianya jelas sekali telah menimbulkan keraguan dalam kalangan netizen. Risau kalau makanan itu dipanaskan semula dan dijual kan? Terbaik KKM pantas jalankan tugas!

peniaga bazar ramadan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas