Trending
Warga Emas Meninggal Dunia Di Bazar Pada 1 Ramadan
Seorang lelaki warga emas, Zainon Said ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Bazar Ramadan Taman Seri Harapan pada petang semalam.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku sekitar 4.30 petang dan siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Rebah secara tiba-tiba

Perkara tersebut telah disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Baling iaitu Superintendan Azmi Mokhtar.
Saksi melihat mangsa tiba-tiba rebah dan pengsan. Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.
Pernah masuk ICU sebelum ini

Difahamkan, mangsa pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, akibat pendarahan usus yang serius.
Jenazah warga emas itu telah dibawa pulang ke Kampung Banggol Asam, Pulai, untuk urusan pengebumian.
#ApaKataOhmedia
Bulan Ramadan boleh menjadi menguji kesihatan, terutama bagi golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Sentiasa pastikan cukup rehat, minum air yang mencukupi, dan elakkan aktiviti berat bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro