Connect with us

Oh! Media

“Dari Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup” – Nina Ismail Sabri Bakal Kahwin Dengan Rakan Sendiri

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 04t132425743

Trending

“Dari Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup” – Nina Ismail Sabri Bakal Kahwin Dengan Rakan Sendiri

Baru-baru ini, Hafiz Osman telah memuat naik satu hantaran video di Instagramnya memaparkan saat ketika dia melamar Nina Ismail Sabri.

Hafiz telah melamar Nina di sebuah galeri. Menerusi video yang dipaparkan tersebut, kelihatan mereka sedang jalan beriringan sambil melihat pameran di galeri tersebut.

Untuk mengelakkan dia (Nina) daripada mengesyaki apa-apa, saya mengajaknya ke “pameran seni” palsu yang diadakan oleh kawan saya. Dia pernah mengaku bahawa dia tidak tahu banyak tentang seni.

Difahamkan, Hafiz telah merancang lawatan peribadi ke galeri tersebut hanya untuk Nina.

IKLAN

Tanpa dia sedari, saya telah mengatur lawatan peribadi hanya untuknya. dengan cincin yang disembunyikan di tempat yang jelas sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut.

Ketika sedang berjalan melihat pameran di situ, setibanya di satu ruangan Nina terkedu apabila melihat ruangan tersebut dipenuhi bunga dan terdapat sebentuk cincin yang digantung pada bingkai di dinding.

Dari persahabatan selama 13 tahun kepada cinta seumur hidup. Di tempat yang paling tidak dijangka, dikelilingi oleh seni, karya agung kami bermula.

Nina, sahabat terbaik saya, pasangan saya, selamanya—ini hanyalah permulaan bagi pengembaraan terhebat kami. Cinta awak #FromKawanToKahwin

Untuk makluman, terdahulu Nina pernah berkahwin dengan seorang pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie, namun telah bercerai pada bulan Ogos tahun lalu.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 04t132425743

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas