Connect with us

Oh! Media

“Saya Dikhianati Dua Orang Terdekat” – Baim Wong Dedah Isteri Curang Dengan Kawan Baik Sendiri

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 09t110006932

Trending

“Saya Dikhianati Dua Orang Terdekat” – Baim Wong Dedah Isteri Curang Dengan Kawan Baik Sendiri

Tindakan Baim wong yang menfailkan cerai terhadap isterinya Paula Verhoeven baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai.

Terbaharu, Baim telah mengadakan sidang media bersama peguamnya dan telah mendedahkan punca dia menfailkan cerai terhadap isterinya itu.

Menurutnya, isterinya itu telah berlaku curang dengan lelaki lain dan lelaki itu juga merupakan kawan baiknya sendiri.

IKLAN

Sebenarnya posisi saya agak sulit. Saya memang dikhianati dengan dua orang terdekat saya, dari pihak perempuan dan juga lelaki.

Dan lelaki itu adalah kawan baik saya sendiri.

Baim berkata, dia memilih untuk memaafkan perbuatan isterinya itu dan cuba untuk mempertahankan rumah tangga mereka demi dua anaknya.

Sebab selama ini saya hanya menahan semuanya selama satu tahun kerana anak saya. Terus terang cakap saya tidak tahu apa-apa di antara mereka.

Cuma saya tahu sudah tidak ada lagi kejujuran selama satu tahun kebelakangan ini. Saya sendiri tidak percaya dan cuba menyelamatkan rumah tangga tapi tidak berhasil.

Kalau sudah bercakap tentang anak, terserahlah. Apa sahaja yang orang mahu katakan tentang saya, saya tak ada masalah sama sekali.

Meskipun mengaku telah diselingkuhi, Baim Wong tidak menyimpan dendam terhadap isterinya mahupun lelaki yang dipercayai menjadi orang ketiga itu.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 09t110006932

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Akurat.Co


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas