Connect with us

Oh! Media

“Dah Tua-Tua Pun Main TikTok”- Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok

Ohmedia ateyn Featured Image 44

Trending

“Dah Tua-Tua Pun Main TikTok”- Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok

Pelakon veteran Norlia Ghani, baru-baru ini dikecam teruk oleh netizen selepas membuat siaran langsung di TikTok.

Menerusi laporan mStar, Norlia yang sekarang sudah berusia 74 tahun itu dikutuk tidak sesuai bermain TikTok kerana umurnya yang sudah tua.

Ohmedia new project 43 6

Walaubagaimanapun, Norlia langsung tidak peduli tentang kutukan yang diterima dan dia meneruskan sesi tersebut seperti biasa.

IKLAN

Mereka cakap dah tua tua pun main TikTok, apa mereka komen jangan dibalas. ‘jalan’ saja.

Norlia juga berkata dia seorang yang berfikiran terbuka dan menganggap kecaman itu satu perkara yang remeh.

Nak terasa buat apa, saya memang dah tua.

Lagipun saya seorang yang berfikiran terbuka, jadi saya tak kisah dan terima sahaja.

Pelakon itu juga berkata dia sudah lama tidak mendapat tawaran lakonan, disebabkan itu hubungannya dengan banyak pihak termasuk kenalan rapatnya terputus.

Setahun juga tiada tawaran berlakon, mungkin faktor usia dan mungkin ramai pelakon lain lebih layak.

Namun dia tidak berkecil hati dan menganggap itu bukan rezekinya.

Ohmedia ateyn Featured Image 44

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas