Connect with us

Oh! Media

Norlia Ghani Tersipu Malu, Tutup Muka Dengan Baju Bila Jep Panggil ‘Sayang’

Oh! Artis

Norlia Ghani Tersipu Malu, Tutup Muka Dengan Baju Bila Jep Panggil ‘Sayang’

Rancangan hiburan popular, Sepahtu Reunion Live membuat kejutan buat para peminatnya apabila rancangan tersebut yang dikatakan bakal melabuhkan tirainya semalam akan diteruskan untuk beberapa minggu lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Sorakan Mengalahkan Artis, Ramai Teruja Ryan Bakery Muncul Di Sepahtu Reunion

Suasana di studio menjadi lebih gamat selepas berita baik itu diumumkan pelakon utama rancangan tersebut, Jep Sepahtu.

Jep panggil Norlia Ghani sayang

Untuk episod yang ditayangkan secara langsung malam tadi, sketsa yang bertajuk ‘Jodoh Pasti Bertemu’ menampilkan pelakon lagenda, Norlia Ghani dan si cantik manis Isyariana sebagai tetamu jemputan.

@nonamezba #sepahtureunionlive2022 #sepahtu#lawakmalaysia #lawakpecahperut #jodohpastidatang#fyp#fypdongggggggg ♬ bunyi asal – KIFLI @LI

Rata-rata penonton yang hadir tidak kering gusi dan sentiasa terhibur sepanjang sketsa berlangsung. Nak-nak pula apabila sketsa yang dipersembahkan membawa kisah bekas murid (Jep Sepahtu) yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan bekas gurunya (Norlia Ghani).

@nonamezba #sepahtureunionlive2022 #ella#lawakpecahperut#lawakpecahperut #fyp ♬ bunyi asal – KIFLI @LI

Apa yang lebih menggamatkan suasana ialah apabila Jep begitu menghayati wataknya sehingga memanggil Norlia Ghani dengan panggilan ‘sayang’.

Panggilan ‘sayang’ itu telah menyebabkan pelakon lagenda itu tersipu malu sehinggakan bertindak menutup muka.

Netizen terhibur

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan memuji Jep yang sentiasa menunjukkan sikap hormatnya terhadap Norlia Ghani dalam berlawak.

Kredit: TikTok nonamezba

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas