Connect with us

Oh! Media

“Bukan Tekanan, Gaji Rendah, Kos Sara Hidup.. Tapi K Drama?” – Syed Saddiq

Trending

“Bukan Tekanan, Gaji Rendah, Kos Sara Hidup.. Tapi K Drama?” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi respon kepada kenyataan yang dikeluarkan Senator, Tuan Haji Mohd Apandi Mohamad mengenai isu bunuh diri dalam kalangan remaja.

ADVERTISEMENT

BACA: “Berani Kerana Benar!” – Syed Saddiq Tak Sabar Nak Buktikan Kes Di Mahkamah

Dalam kenyataan itu, Tuan Haji Mohd Apandi bertanya adakah golongan remaja bersetuju apabila dikatakan kebanyakan daripada mereka terlalu terdorong atau terpengaruh dengan filem-filem dan drama daripada Korea.

Perkara itu dibangkitkan beliau ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara beberapa hari lalu.

Syed Saddiq walau bagaimanapun menjawab ini merupakan kali pertama dia mendengar cubaan menyalahkan drama Korea dalam isu ini.

syed saddiq

Menurutnya, filem adalah cerminan masyarakat. Jika ada babak yang tidak sepatutnya, penonton haruslah mengambil pengajaran.

Beliau turut menyenaraikan beberapa faktor seperti tekanan, gaji rendah, dan kos sara hidup tinggi yang sepatutnya menjadi perhatian.

Kredit: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top