Connect with us

Oh! Media

Boss Kedai Emas Belanja Orang Ramai 1.2 Tan Durian Percuma

Trending

Boss Kedai Emas Belanja Orang Ramai 1.2 Tan Durian Percuma

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa musim durian telah tiba dan lambakan peniaga-peniaga durian sudahpun mula memasang khemah di tepi-tepi jalan.

ADVERTISEMENT

Seorang pemilik kedai emas di Kelantan bertindak mengagihkan 1.2 tan durian secara percuma kepada orang ramai yang melalui jalan raya Pasir Pekan.

Memetik laporan Bernama, individu yang berhati mulia berkenaan adalah pemilik kepada Mz Gold Sdn Bhd iaitu Murtadhadumizi Mustapha, yang sendiri turun padang memberi buah durian kepada pengguna jalan raya.

Idea ini datang kerana harga durian yang tinggi.. jadi saya nak berkongsi sikit dengan orang terjejas pendapatan ketika pandemik Covid-19 ini.

Mungkin ada antara kita yang teringin untuk menikmati durian, namun tidak mampu… Oleh itu, dengan adanya sumbangan ini sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi hasrat mereka yang tidak berkemampuan.

Mengikut Murtadhadumizi, dia mendapat bekalan durian yang banyak ini daripada tujuh pemilik kebun durian di sekitar Dabong, Kuala Krai serta dapat membantu pekebun-pekebun ini daripada pembaziran kerana buah tersebut mudah rosak.

Insya-Allah, inisiatif agihan buah durian secara percuma ini akan diperluaskan ke kawasan lain di sekitar Kota Bharu sekiranya terdapat bekalan.

Rata-rata orang ramai yang melalui kawasan tersebut akan menerima sekurang-kurangnya dua hingga tiga biji durian pelbagai jenis seperti durian kampung, Tok Litok, D7 dan Musang King.

Perkongsian rezeki oleh pemilik kedai emas ini sesuai diberikan pujian dan semoga banyak lagi peniaga-peniaga yang prihatin sentiasa dimurahkan rezeki.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas