Connect with us

Oh! Media

“Boleh Menaikkan Nafsu” – Wanita Nasihat Hentikan Trend Guna Lagu Garam Dan Madu

Ohmedia copy of Untitled Design 59

Trending

“Boleh Menaikkan Nafsu” – Wanita Nasihat Hentikan Trend Guna Lagu Garam Dan Madu

Kalau korang buka media sosial sekarang, pasti korang akan terdengar dengan verse lirik lagu “sakit dadaku, ku mulai merindu” pernah dengarkan?

Lagu ini bertajuk Garam dan Madu nyanyian artis baharu daripada Indonesia iaitu Tenxi, Naykilla dan Jemsii yang kini trending dan menjadi pilihan pengguna media sosial bagi kegunaan lagu di ‘hantaran’ mereka.

Setakat hari ini, muzik video rasmi lagu Garam dan Madu itu telah meraih 2.5 juta tontonan dalam masa lima hari sahaja. Sejak ianya dimuat naik di platform Youtube pada 20 Disember lalu.

IKLAN

Tetapi ada sesuatu yang tak kena dengan lagu ini sebenarnya…

Image
Kredit foto antinrml

Terbaru, menerusi aplikasi Tiktok seorang pengguna bernama Tehania, beliau mendakwa lagu Garam dan Madu ini sebenarnya ada unsur yang membawa ke arah maksiat.

Beliau menjelaskan, bahasa yang digunakan oleh lagu ini juga kebanyakan (rakyat Malaysia) faham maskudnya tanpa perlu diterjemah dalam bahasa melayu.

Ini bahasa yang kita dah faham tanpa perlu translate, masih tak boleh nampak lagi ke yang lagu ini ada unsur maksiat?

Di malam yang semu pejamkan mataku, Ku bayangkan tubuhmu jika di pelukanku. Dekat lirik ni pula jelas ada unsur yang membawa kearah zina.-Katanya

Beliau turut menegaskan, dalam islam HARAM untuk kita membayangkan tubuh seseorang yang bukan mahram sewaktu tidur atau sewaktu dengan kita.

Image

Selain itu, membayangkan seseorang tanpa dalam keadaan berpakaian dan tidak berpakaian ia juga akan menjadi zina hati serta boleh menaikkan nafsu syahwat.

Zina hati adalah perbuatan membayangkan kita berbuat maksiat dengan seseorang yang bukan mahram.

Lagu ini sesuai untuk orang berkahwin sahaja?

Image
Kredit foto antinrml

Wanita tersebut juga menjawab persoalan daripada orang ramai yang berkata bagaimana dengan orang yang dah berkahwin. Dalam islam, sedia kita maklum pasangan suami isteri ‘halal’ untuk berkelakuan sedemikian.

Lagu ini dibuat secara umum iaitu semua umur boleh dengar dan lagu ini ramai budak-budak mahupun yang belum berkahwin dah mula dengar.

Tapi kita kena ingat sebagai seorang islam kita kena tolak dan cegah perkara ke arah yang jelas haram walaupun perkara tersebut kita minat.-Tegasnya

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyeru orang ramai untuk menghentikan ‘trend’ lagu ini yang jelas ada unsur maksiat dan melalaikan.

#OhmediaNasihat

Sebagai orang islam, kita perlu berhati-hati dengan trend atau hiburan yang kita pilih, terutama lagu seperti ini yang jelas mengandungi lirik berunsur maksiat dan boleh membawa kepada kepada dosa zina hati.

Ohmedia copy of Untitled Design 59

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas