
Trending
“Boikot Berjaya” – Kieda Crepe Kena Ejek Gara-Gara Makanan Tak Laku Di Negeri Sembilan
Dihina selepas gagal jualan di Negeri Sembilan, Kieda Crepe bangkit di Ampang dengan jualan lebih 1,800 set.
Usahawan popular, Kieda Crepe berdepan ujian hebat apabila menerima pelbagai komen mengejek dan menghina selepas kegagalannya menjual produk di Negeri Sembilan.
Menurut Kieda, ruangan komen media sosialnya dipenuhi sindiran seperti ‘padan muka’ dan ‘boikot berjaya’ hingga memaksa beliau menutup ruangan komen demi menjaga kesihatan mental.
Tak laku di Negeri Sembilan, bawa ke Ampang
Namun, siapa sangka rezeki berpihak kepadanya apabila berpindah lokasi jualan ke Lotus Ampang, Kuala Lumpur.
Jelas Kieda, walaupun hanya memaklumkan lokasi baru dalam masa sejam, orang ramai mula beratur sejak jam 2 petang hingga 11.30 malam.
Kieda berkongsi bahawa dari 2,000 set crepe yang dibawa, lebih 1,800 set berjaya dijual di Ampang.
Malah, lori 10 tan yang membawa makanan dari Kieda Crepe House pulang dengan kotak kosong sepenuhnya tepat jam 2.25 pagi.
1,800 sold out di Ampang

Kieda berterima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan kepadanya. Apa yang berlaku membuatkan usahawan ini yakin kepada kuasa Allah, “Kun Fa Ya Kun. Tiada yang mustahil jika kita berusaha.”
Pssttt! Tak semua kegagalan bermakna titik noktah. Kadang-kadang, ia cuma jalan pintas menuju kejayaan yang lebih besar. Semoga Kieda terus kuat dan berjaya.
Kredit: Instagram Kieda Crepe
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
