Connect with us

Oh! Media

Netizen Ugut Boikot Syahmi Sazli Lepas Bersuara Isu Air Di Kelantan

boikot syahmi

Trending

Netizen Ugut Boikot Syahmi Sazli Lepas Bersuara Isu Air Di Kelantan

Nama Youtuber dan usahawan popular, Syahmi Sazli hangat diperkatakan sejak semalam selepas isterinya, Anissa Faizul bersuara mengenai isu air di Kelantan yang tak pernah selesai.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cakap Lebih Kata Tak Sayang Agama” – Anissa Faizul Luah Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Negeri Kelantan Kini

Selepas teruk dikecam, Syahmi tampil menjelaskan luahan isteri adalah respon kepada aduan seorang penduduk di Pasir Mas yang menghadapi masalah air.

bini syahmi

Katanya, memang segelintir sahaja yang terjejas tetapi takkanlah menegur menjadi satu kesalahan besar. Syahmi bagaimana pun memohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan kenyataan isterinya.

BACA: Syahmi Sazli Perjelas Panjang Lebar Isu Isteri Luah Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Negeri

Terbaru, ada pula netizen yang ugut mahu boikot perniagaan Syahmi dan isteri gara-gara isu yang dibangkitkan tersebut.

syahmi sazli

Namun Syahmi secara tenang berkata, dia redha seandainya diboikot hanya kerana bersuara untuk kebaikan rakyat di Kelantan.

Yang masih ada bersama Mi, moga Allah membalas kebaikan semua.

Di ruangan komen, orang ramai memberikan kata-kata semangat buat Syahmi dan menegaskan rezeki datang daripada Allah SWT.

Kredit: Facebook Syahmi Sazli Production

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Naik motor memang best tapi kalau naik kereta boleh letak banyak barang hehehe.. Antara kereta dengan motor korang pilih yang mana? #kereta#motor#pendapat#kemudahan#sembang#ohgear#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas