Semalam kecoh mengenai isu Isteri kepada Youtuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan negeri Kelantan kini yang sudah lebih 30 tahun memerintah tapi masalah air masih belum dapat diselesaikan.
Ramai daripada kalangan netizen yang sokong dengan apa yang diperkatakan isteri kepada Syahmi Sazli itu dan ada juga yang mengecam dan tidak berpuas hati.
Tak duduk diam, Syahmi sendiri tampil perjelas panjang lebat mengenai isu ini menerusi satu video yang dimuat naik dalam akaun Tiktoknya.
Sebenarnya Nissa dia share posting masalah seorang kakak ni dalam group Pasir Mas yang berkata dia mengalami masalah air selama 6 bulan.
Nissa tak ada kata pun nak tukar kerajaan negeri pun atau parti ke, takde.. Ini pasal masalah rakyat dan Nissa share benda itu sahaja.
Jadi bagi Mi, masalah ini memang ada walaupun segelintir tapi tetap ada. Takkanlah nak sentuh masalah itu pun menjadi satu kesalahan.
Kalau sentuh masalah ni satu kesalahan, takde perubahanlah.. Kalau ikutkan Mi tak kisah pun sesiapa nak tadbir atau memerintah, tapi asalkan benda asas untuk rakyat ni penuhi dan selesaikan.
Youtuber itu juga sempat meminta maaf kepada pengikutnya yang terasa hati dengan perkongsian isterinya di Facebook tempoh hari.
Di samping ni, Mi nak minta maaf kepada followers-followers ada terasa hati dengan dengan perbuatan Nissa itu ke.
Betul juga apa yang dikatakan Syahmi tu, kalau kita tak tegur mungkin kerajaan megeri terlepas pandang dan isu ini takkan selesai, betul tak?