Connect with us

Oh! Media

“Cakap Lebih Kata Tak Sayang Agama” – Anissa Faizul Luah Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Negeri Kelantan Kini

Untitled Design   2

Oh! Tidak

“Cakap Lebih Kata Tak Sayang Agama” – Anissa Faizul Luah Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Negeri Kelantan Kini

Seperti semua tahu, masalah dalam soal bekalan air, air kotor dan berkarat sememangnya tidak asing lagi di negeri Kelantan.

Isteri kepada Youtuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul turut meluahkan rasa kecewanya mengenai perkara itu tambah lagi apabila negeri itu bakal berdepan pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anissa ‘share’ satu posting daripada seorang individu dari ‘group’ Pasir Mas dan berkata sudah lebih 30 tahun kerajaan negeri sedia ada memerintah di Kelantan tapi masalah bekalan air di sana masih belum diselesaikan sehingga kini.

IKLAN

Anissa Faizul

Lebih 30 tahun dah duduk jaga (menjadi pemerintah). Benda asas pun tidak boleh nak selesaikan.

Dengan air la (kita) nak ambil wuduk untuk tunaikan solat di rumah. Mandi selepas pulang daripada kerja untuk pergi ke masjid dan solat berjemaah.

Cakap lebih kata tak sayang agama. Benda asas nak menghadap Sang Pencipta pun tak selesai.

Apa pandangan korang tentang luahan Anissa itu? 

Kredit: Facebook Anissa Faizul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas