Oh! Artis
“Ada Kemudahan Buat Loan Rumah, Kereta” – Altimet Dedah Gaji ADUN Selangor
Umum sedia maklum, penyanyi rap terkenal, Altimet, kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi kawasan Lembah Jaya.
Dalam temubual bersama Dol’s Podcast, beliau mendapat soalan cepu emas iaitu gaji yang diperolehinya sebulan sebagai ahli politik.
Altimet jawab mengenai gaji
Menjawab soalan tersebut, Altimet secara jujur berkata gaji bersih termasuk elaun boleh mencecah RM16,000 sebulan.
Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000. Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘Top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi.
Seperti penjawat awam yang lain, Altimet juga menyebut bahawa ADUN mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman membeli rumah dan kereta.
Kena ada driver

ADUN juga diminta untuk melantik seorang pemandu peribadi kerana terdapat peruntukan khas untuk itu.
Pastikan ada driver eh sebab dalam elaun awak tu ada driver. Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja awak. Jangan sampai tak ada driver sebab mungkin akan ditegur oleh bos.
Terdahulu, Altimet telah memenangi kerusi DUN Lembah Jaya dengan jumlah undian 26,298 menewaskan lawannya daripada Perikatan Nasional yang hanya memperoleh undi 19,620.
#OhmediaNasihat
Menjadi seorang wakil rakyat merupakan satu tanggungjawab yang besar. Kemudahan yang disediakan sesuai dengan kerja yang perlu dilakukan iaitu mewakili suara rakyat.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Dol’s Podcast
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM