Connect with us

Oh! Media

Berkat Doa Ibu, Peniaga Pasar Malam Terkejut Jadi Jutawan Sekelip Mata

Branded

Berkat Doa Ibu, Peniaga Pasar Malam Terkejut Jadi Jutawan Sekelip Mata

Siapa sangka satu panggilan telefon pada pertengahan Januari lalu mengubah hidup peniaga pasar malam Shamuddin Abdul Aziz selamanya.

Panggilan daripada pegawai Maybank itu memaklumkannya untuk ke cawangan Maybank berhampiran untuk satu urusan.

“Saya terkejut. Saya menang RM1 juta!” katanya.

Shamuddin hanya mula menabung dalam Zest-i Account Maybank Islamic bermula awal tahun lepas. Hanya selepas pegawai bank menyerahkan surat pengesahan rasmi, barulah dia percaya berita gembira itu.

“Arwah ibu selalu mendoakan saya dipermudahkan urusan. Duit kemenangan ini akan banyak membantu keluarga dan masjid di kawasan saya,” ujar Shamuddin yang baru kehilangan ibunya.

Menang besar dengan hanya RM200

Shamuddin antara salah seorang dari 1,000 penyimpan bertuah dengan Zest-i Account Maybank Islamic

Dengan simpanan hanya serendah RM200, penyimpan secara automatik layak penyertaan

untuk beberapa kategori cabutan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM5

JUTA sepanjang tahun.

Bukan sahaja hadiah wang tunai, sebuah kereta serba baru juga sedia dibawa pulang setiap 3 bulan.

Seorang lagi jutawan dicari

Untuk tahun 2025 ini juga, seorang lagi penyimpan akan bergelar jutawan! Jadi jangan ketinggalan untuk menyimpan dan menang, hanya dengan beberapa klik.

Cabutan bulanan untuk 2025 menawarkan hadiah wang tunai RM50,000, 14 unit iPhone 16 Pro dan pelbagai hadiah tunai.

Pemenang bagi setiap suku tahun pula termasuk kereta Honda City Hatchback RS, emas digital MIGA-i dan hadiah wang tunai RM15,000.

Dalam satu majlis penyampaian hadiah di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, baru-baru ini, pemenang bagi tahun 2024 menerima hadiah masing-masing.

Image002

Antaranya Aidiel Syafiq dari Kelantan yang menerima 1kg emas menerusi MIGA-i manakala pemenang suku tahun Lee Kah Yan pandu pulang Proton X70.

Image003
Image004

Sementara itu, Andy Alinus dari Sabah teruja menerima kunci untuk kereta Perodua Ativa kemenangannya.

Dapatkan maklumat lanjut, lawati laman web maybank.my/zest-i untuk pastikan tidak ketinggalan info dan update semasa.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas