Connect with us

Oh! Media

Maybank ASB

Branded

Nak Start Labur Duit Ke ASB, Tapi Bajet Macam Tak Cukup? Relaks… Maybank Kan Ada Pembiayaan ASB/-i!

Korang rasa nak mulakan pelaburan tapi macam rasa bajet tak cun? Atau korang rasa macam takut nak mula sebab takut dengan risiko kerugian?

Jangan begitu….

Dengan Pembiayaan ASB/-i Maybank korang tak perlu risau semua ni! Maybank boleh membantu korang untuk mula melabur dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Korang boleh simpan wang simpanan yang ada dan gunakan saja duit pembiayaan ASB/-i tu untuk melabur. Ya, tak perlu modal langsung. Bayaran bulanan pula hanya RM49* untuk pelaburan RM10,000.

Tapi, kalau berkemampuan dan nak melabur lebih banyak, boleh je mohon pembiayaan untuk melabur ASB sehingga RM200,000.

Apa Kelebihan Kalau Apply Pembiayaan ASB/-i Maybank Sekarang?

  • Pelaburan Jangka Masa Panjang Berisiko Rendah

Jika korang risau dengan risiko yang biasanya dikaitkan dengan pelaburan, tolak tepi semua tu! 

Pelaburan ASB ini berisiko rendah sebab unit amanah harga dah ditetapkan, pulangan pula kompetitif, maksudnya, jumlah yang dilaburkan tu tak mungkin berkurangan. 

Pelaburan dalam ASB dianggap sebagai salah satu instrumen pelaburan yang selamat di Malaysia. Ini menjadikannya pilihan yang sangat baik bagi mereka yang ingin melabur dalam jangka masa panjang tanpa perlu risau tentang ketidakstabilan pasaran. 

Menarik kan? 

  • Pelaburan Mampu Milik & Tidak Perlu Modal Sendiri!

Daripada bergantung pada dana sendiri untuk menyimpan dalam ASB, apa kata kita manfaatkan solusi pembiayaan untuk tingkatkan modal dan maksimumkan pulangan!

Bayaran bulanan pun murah, bermula RM49 sebulan je untuk pelaburan RM10,000! Sangat sesuai untuk korang yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan untuk bina masa depan yang lebih stabil. Soal bajet ketat atau baru mula kerja semua takde hal sebab korang masih boleh mulakan pelaburan, tak perlu keluarkan duit simpanan pun.

Pelaburan Berbaloi dengan Dividen Tahunan dan Bonus Kompetitif 

Satu lagi kelebihan besar melabur dalam ASB adalah korang berpeluang untuk dapat dividen tahunan dan bonus. Makin lama korang simpan duit pelaburan, lagi tinggi pulangan dividen dan bonus tu. Ini semestinya satu insentif tambahan kepada pelaburan korang, sebagai langkah untuk merangka masa depan kewangan yang lebih cerah.

Yang lagi menariknya, dengan Pembiayaan ASB/-i ni korang tidak perlu duit sendiri untuk mengumpul dividen yang boleh digunakan untuk menambah baik kewangan. Bijak kan? 

  • Tempoh Pembiayaan Sehingga 35 Tahun atau sehingga Umur 70 Tahun 

Dengan tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun, korang mempunyai kebebasan untuk memilih tempoh paling sesuai dengan kemampuan kewangan dan perancangan masa depan. Maksudnya, tak kira sama ada korang masih di peringkat awal kehidupan atau hampir bersara, Maybank menyediakan pilihan pembiayaan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.

Bagi pelanggan yang lebih muda, tempoh pembiayaan yang lebih panjang boleh membantu korang dapat komitmen bulanan yang lebih rendah. Jadi, korang tak perlu stress lagi pasal bayaran bulanan yang tinggi!

Untuk pelanggan yang berusia pula, tempoh pembiayaan boleh diselaraskan mengikut umur, jadi bayaran bulanan tetap selesa dan sesuai dengan perancangan persaraan atau keperluan kewangan korang. Mudah kan!

Dengan cara ini, semua pelanggan, tanpa mengira usia, boleh menikmati kemudahan pembiayaan yang direka untuk keselesaan dan kemampuan kewangan korang.

Dengan tempoh pembiayaan panjang yang ditawarkan, korang boleh padankan dengan kemampuan kewangan. Jadi takdelah terbeban nak buat pembayaran bulanan. Tenang-tenang je melabur, lepas tu dapat pendapatan pasif dengan dividen tahunan dari tahun ke tahun.

Kempen ASB Labur Vaganza – Macam- Macam Boleh Menang!

Melabur, melabur jugak, tapi apa kata kalau kami beritahu yang Maybank sekarang menawarkan hadiah-hadiah seperti Baucar Percutian, Baucar Shopping atau Baucar Petrol untuk dimenangi dengan Pembiayaan ASB/-i

Bayangkan korang dapat menikmati percutian yang dah lama korang idamkan, tanpa perlu risau tentang bajet! Dengan Pembiayaan ASB/-i Maybank, korang dapat melabur untuk masa depan dan juga berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM5,000

Eh bukan tu saja, selain dari baucar percutian RM5,000, Maybank turut menawarkan baucar membeli-belah bernilai RM1,100* kepada EMPAT pemenang bertuah.

Ada lagi! Maybank juga menawarkan baucar petrol bernilai RM200 untuk 15 pemenang bulanan. Syok tu!

Jadi, pelaburan anda bukan sahaja menjamin pulangan masa depan, tetapi juga peluang untuk menikmati ganjaran. Siapa tahu, korang mungkin salah seorang pemenang bertuah?

Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2025

Mudah je nak buat pelaburan. Tunggu apa lagi? Jangan Lepaskan Peluang Ni!

Mohon di cawangan Maybank/Maybank Islamik berdekatan atau secara online di aplikasi MAE atau laman web Maybank2u! Jom, apa tunggu lagi? Mohon sekarang di SINI

Hanya perlu sediakan dokumen bawah: 

  • Nombor akaun unit ASNB, 
  • Salinan Kad Pengenalan (NRIC), 
  • Salinan slip gaji satu bulan yang terkini atau bukti pendapatan seperti penyata bank, 
  • Gambar nombor akaun pemegang unit ASNB 

Mulakan pelaburan awal untuk dapatkan pulangan berbaloi jangka panjang! Boleh klik SINI untuk mengetahui cara nak mulakan pelaburan Pembiayaan ASB/-i Maybank anda!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas