Trending
”Belum Pasti Keadaan Sebenar” – Pelakon Wanita, Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan
Pelakon Ezzanie Jasny terlibat kemalangan bersama ibu bapa, alami kecederaan di kepala. Ibu bapa selamat, Ezzani masih menunggu keputusan doktor.
Pelakon, Ezzanie Jasny berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, pemilik Ezzanie Jasny memaklumkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, namun bersyukur ibu bapanya berada dalam keadaan selamat.
“Masih belum pasti keadaan sebenar” – Ezzanie Jasny

Dalam perkongsian tersebut, kata-kata pelakon drama Dia Bukan Syurga itu telah mengundang kebimbangan peminat yang turut mendoakan kesembuhannya.
Saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapa saya semalam.
Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat. Saya pula masih belum pulih sepenuhnya dan sedang berusaha untuk sembuh.
Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaan sebenar.”
Masih tunggu keputusan doktor

Pada masa sama, Ezzanie memaklumkan dia masih menunggu maklum balas doktor mengenai tahap kecederaannya.
“Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini. Mohon doakan kami, terima kasih.
Bagaimanapun, Ezzanie tidak memperincikan punca kemalangan dan hanya memuat naik sekeping foto dirinya sedang terbaring di atas katil hospital.
Pssttt! Kemalangan boleh berlaku tanpa diduga. Sentiasa utamakan keselamatan di jalan raya dan jangan lupa untuk saling mendoakan apabila ditimpa musibah.
Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM