Trending
Bekas Pengerusi NGO Didakwa ‘Songlap’ Wang Derma Untuk Palestin, Syria Dan Yaman
Bekas pengerusi NGO mengaku tidak bersalah salah guna RM207,000 dana misi kemanusiaan di Myanmar, Syria, Yaman dan Palestin.
Siapa sangka, insan yang diberi kepercayaan menjaga amanah derma orang ramai kini didakwa mengkhianatinya!
Memetik laporan Sinar Harian, bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dana misi kemanusiaan berjumlah RM207,000.
Derma untuk Myammar, Yaman, Syria dan Palestin diseleweng

Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Disember 2019 melibatkan dana bantuan untuk Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.
Difahamkan, dana tersebut disalurkan melalui kerjasama NGO luar negara.
Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri, mencadangkan ikat jamin RM50,000 berserta syarat tambahan antaranya melapor diri kepada SPRM, serah pasport dan tidak ganggu saksi.
Didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan

Namun, peguam tertuduh, Azizzul Shariman Mat Yusoff, membantah dan menyatakan tertuduh beri kerjasama penuh sejak awal siasatan.
Anak guam akan dituduh atas kes lain di Melaka dan Perak pada Selasa serta Rabu, jadi saya mohon jumlah jaminan itu ditetapkan pada kadar lebih berkemampuan.
Mahkamah akhirnya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan. Kes akan disebut semula pada 11 Mac ini.
Terdahulu, SPRM telah berjaya membongkar penyelewengan dana sebuah NGO hasil sumbangan orang ramai dianggarkan sebanyak RM26 juta menerusi Op Serantau.
Penyelewengan dipercayai berlaku sejak tahun 2015. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, pihaknya turut menyita pelbagai aset termasuk barang kemas bernilai RM100,000, wang tunai lebih RM1 juta, akaun kripto RM650,000 dan empat rumah berjumlah lebih RM1.4 juta.
Pssttt! Bila amanah dikhianati, seluruh sistem kebajikan turut tercalar. Semoga keadilan dapat ditegakkan dan insiden seperti ini menjadi pengajaran buat semua pihak agar lebih telus dalam pengurusan dana kebajikan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM