Connect with us

Trending

“Bapa Tiri Paksa Buat S*ks Oral Untuk Balas Jasa Dia Bawa Jalan-Jalan, Bagi Belanja Tiap Bulan”

Baru-baru ini, tular satu video perkongsian dibuat seorang wanita mendakwa telah dipaksa bapa tiri melakukan seks oral.

Menerusi hantaran TikTok @mingguanwanita, perbuatan terkutuk bapa tirinya membuatkan dirinya trauma dan ketakutan

IKLAN
@mingguanwanita

Apa yang paling menakutkan telah terjadi pada gadis remaja ini apabila BAPA TIRI yang dianggap sebagai pelindung telah meragut kehormatannya. Tragedi ini memberi memori luka selamanya… Video Penuh : https://youtu.be/56KbHwk0LWw?si=xy6_Al7vZbFjivgA #ceritadalamkain #mingguanwanita

♬ Very Sad – Enchan

Pada mulanya, gadis itu berkata bekas bapa tirinya itu telah mengajaknya pergi bercuti bersama keluarga.

Namun, ketika mereka sampai di destinasi didapati tiada seorang ahli keluarga bapa tirinya yang hadir.

Sewaktu saya berusia 18 tahun, ia berlaku. Dia cakap dengan saya dia nak bawa saya pergi bercuti tapi dengan keluarga dia sekali.

Sampai di sana, dia kata yang lain tak jadi datang. Saya tak syak apa-apa.

Selepas makan malam di hotel, lelaki tersebut telah meminta gadis itu untuk melakukan hubungan intim bersamanya.

Dekat hotel selepas makan malam, dia panggil saya untuk minta tolong. Lepas itu, dia minta saya lakukukan seks oral pada dia.

Saya terkejut dan bertanya padanya, ‘kenapa sampai macam ini?’

Bekas bapa tirinya itu memaksa dia untuk melakukan hubungan terlarang sebagai balasan atas jasa-jasanya terdahulu.

Dia kata, ini sebagai balasan untuk jasa dia. Dia selalu bawa saya jalan-jalan, bagi saya duit tiap-tiap bulan.

Selepas itu dia terus tarik tangan saya dan paksa saya untuk lakukan seks oral.

Gadis itu tidak memaklumkan kepada ibunya tentang kejadian ini kerana takut dimarahi, tetapi dia telah menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Tragedi itu membuatkan gadis tersebut mengalami trauma dan berada dalam ketakutan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Mingguan Wanita


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas