Connect with us

Oh! Media

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Mula Diagihkan Hari Ini, Ibu Bapa Diminta Turun Padang

Ohmedia bap Bantaun Awal Persekolahan

Trending

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Mula Diagihkan Hari Ini, Ibu Bapa Diminta Turun Padang

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 mula diagih hari ini bergantung persediaan sekolah. KPM minta ibu bapa terlibat elak salah guna.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dijangka mula diberikan kepada setiap pelajar bermula hari ini, bergantung kepada tahap persediaan sekolah masing-masing dalam melaksanakan agihan.

Menurut laporan Kosmo, penyaluran wang bantuan itu sebenarnya telah dibuat sejak minggu lalu kepada semua sekolah dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Ahmad Suhaimi Endut,

Duit sudah dimasukkan sejak minggu lepas. Jadi, kalau ada sekolah yang sudah bersedia, hari ini pun sudah boleh mula bergerak.

Agihan BAP, sekolah perlu buat persediaan rapi

Bap Bantuan Awal Persekolahan

Menurut beliau, memandangkan BAP diagihkan secara tunai dan melibatkan pengiring polis, sekolah memerlukan persediaan rapi kerana jumlah wang yang besar.

IKLAN

Mungkin sekolah perlu buat persediaan kerana duit ini jumlahnya besar,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2026 di SMK Putrajaya Presint 18(1).

Dalam masa sama, beliau menegaskan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pengambilan bantuan tersebut bagi mengelakkan salah guna oleh pelajar.

Kita tidak mahu bantuan ini sampai kepada anak sahaja, lepas itu dibelanjakan sesuka hati.

Beliau turut mendedahkan pernah berlaku kes sebelum ini di mana pelajar tidak menyerahkan jumlah penuh bantuan kepada ibu bapa.

Sepatutnya terima RM150, dia beritahu ibu bapa hanya dapat RM100.

RM800 juta untuk 5.2 juta murid seluruh negara

Bap Bantuan Awal Persekolahan

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi penyediaan BAP RM150 kepada semua pelajar tahun satu hingga tingkatan enam.

BAP merupakan bantuan tunai sekali bayar melibatkan 5.2 juta murid, bertujuan meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

Pssttt! Ibu bapa digalakkan hadir dan ambil sendiri Bantuan Awal Persekolahan demi memastikan wang digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak, bukan disalah guna. Pendidikan bermula dengan tanggungjawab bersama.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas