Connect with us

Oh! Media

“Bagi Kita Orang Islam, Kalau Mimpi Macam Tu Jangan Keterlaluan Nak Takut Nak Bimbang..” – Ustaz Elyas

Trending

“Bagi Kita Orang Islam, Kalau Mimpi Macam Tu Jangan Keterlaluan Nak Takut Nak Bimbang..” – Ustaz Elyas

Upacara pembakaran mayat artis terkenal dari Thailand, Tangmo Nida ditunda selepas ahli keluarga memohon bedah siasat kali kedua untuk mengetahui punca sebenar kematian.

ADVERTISEMENT

Kes ini difahamkan telah mendapat perhatian media antarabangsa dan ramai yang mempersoalkan keputusan pihak polis yang mengklasifikasikan kes sebagai kemalangan.

BACA: Timbul Dakwaan Baharu, 2 lelaki VVIP Paksa Tangmo Nida Lakukan S*ks Sebelum Jatuh Bot

Meninjau ke media sosial memang banyak informasi terkini mengenai kes ini sampaikan ada yang termimpi-mimpi. Biar betul? Di TikTok, Ustaz Elyas Ismail berkongsi pendapatnya mengenai mimpi tersebut.

Baru-baru ini ada orang berkongsi tentang mimpi dia iaitu dia mimpi Tangmo Nida, mendiang artis terkenal di Thailand yang meninggal dalam satu kejadian yang sangat menyayat hati dan mengejutkan juga lah.

Bagi kita orang Islam, kita sama sekali kalau mimpi macam tu, kita jangan keterlaluan sangat nak takut nak bimbang macam-macam.

Kata Ustaz, individu berkenaan bermimpi mendiang boleh jadi disebabkan oleh psikologi apabila dia terlalu banyak berfikir, membaca dan mengikuti perkembangan berita berkaitan kes Tangmo Nida.

Jelasnya lagi, faktor itu boleh menyebabkan seseorang bermimpi mengenai hal yang sedang diperkatakan.

Orang bukan Islam kalau dia meninggal dunia, kita minat kita sayang kita suka macam mana pun lakonan dia ke apa sahaja yang dipersembahkan semasa dia hidup, sama sekali kita tak boleh ucap RIP (Rest in Peace).

Ustaz Elyas berkata ucapan Rest in Peace diibaratkan seperti doa dan kita sebagai orang Islam tidak boleh mengucapkan sebegitu. Namun, kita dibenarkan tumpang bersimpati atau berdukacita di atas apa yang berlaku kepada mendiang.

Video penuh:

@ustazelyasismail Mimpi tangmonida? Apa maksudnya? #fyp #foryourpage #fypシ #tangmonida #tangmo ♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan menjawab segala kekeliruan yang timbul.

Kredit: TikTok Ustaz Elyas Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas