Connect with us

Oh! Media

Timbul Dakwaan Baharu, 2 lelaki VVIP Paksa Tangmo Nida Lakukan S*ks Sebelum Jatuh Bot

Ohmedia tangmo

Oh! Artis

Timbul Dakwaan Baharu, 2 lelaki VVIP Paksa Tangmo Nida Lakukan S*ks Sebelum Jatuh Bot

Sehingga hari ini, kes melibatkan kematian seorang pelakon wanita Thailand, Tangmo Nida masih menjadi misteri. Siasatan kes menjadi lebih sukar apabila pihak polis Thailand merasakan semua saksi tidak jujur ketika menjawab soal siasat.

Banyak juga spekulasi yang kita dapat lihat ketika ini dan ramai yang melihat ini adalah satu kes pembunuhan terancang membabitkan golongan VVIP.

Lebih mengejutkan adalah apabila timbul pula dakwaan baharu yang mengatakan Tangmo meninggal dunia akibat dicekik oleh salah seorang daripada dua lelaki yang berada di atas bot. Lelaki berkenaan adalah Tanupat Lerttaweewit dan Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananu.

IKLAN

Memetik laporan mStar, mereka berdua mungkin sanggup melakukan perkara tergamak itu selepas Tangmo menolak untuk melakukan hubungan seks.

Ketika inilah pergelutan berlaku antara mereka yang akhirnya menyebabkan Tangmo terjatuh daripada bot. Spekulasi ini diperkuat lagi apabila lelaki tersebut telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada Kratik untuk menutup mulut.

ibu tangmo

Selain itu, ibu Tangmo sebelum ini turut telah menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas