Trending
Cuaca Panas Buatkan Kepala Rasa Tak Selasa? Ketahui Punca & Atasinya Dengan Mudah!
Oleh
“Ehh apa yang putih-putih kat baju kau tu, kelemumur ke?”
Kelemumur merupakan antara masalah yang biasa dihadapi oleh semua jantina. Ia terjadi apabila serpihan kulit mati yang terbentuk di kulit kepala dan menyebabkan rasa gatal, kemerahan dan rengsa.
Bagi mereka yang berhijab, sukar untuk lari daripada masalah ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas di Malaysia, kulit kepala jadi mudah berpeluh dan automatik akan menimbulkan rasa merenyam dan tidak selesa.
Tapi korang jangan ingat ni masalah wanita je, kajian menunjukkan bahawa lelaki lagi mudah ada kelemumur berbanding perempuan tau. Wow!
Sama juga situasinya, ini terjadi kerana kaum lelaki lebih kerap menghabiskan masa di luar dengan memakai topi atau memakai helmet ketika menunggang motosikal sehingga tidak sedar memerangkap kotoran di kepala.
Paling tak best tentang kelemumur ni, kepala akan rasa gatal tak tentu masa. Lepas tu, asyik tergaru-garu je sampailah jatuh keping-keping putih kelemumur. Kalau baju gelap confirm nampak jelas. Malunya!
Apa punca kelemumur ni?
Kelemumur ni bukan je menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh menyebabkan kurang keyakinan diri. Yelah, siapa tak segan asyik garu kepala kat tempat awam atau penuh kepingan putih pada bahu.
Sebelum kami share penyelesaiannya, korang kena tahu antara punca kelemumur ni ialah kulat yang dikenali sebagai malassezia. Kulat ni biasanya hidup pada kulit kepala dengan memakan minyak yang dikeluarkan oleh folikel rambut.
Apabila tidak terkawal, ia menyebabkan pertumbuhan sel kulit berlebihan. Bila sel-sel ni mati dan gugur ia bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala yang kemudiannya membentuk kelemumur.
Selain kulat, faktor kulit kepala berminyak turut menjadi punca kelemumur. Cuaca di Malaysia kan panas, jadi bila kulit kepala tidak dijaga dan tidak dicuci secukupnya ia membuatkan kotoran mudah terperangkap di kepala lalu terjadilah kelemumur.
Kerap menggaru kepala sebab kelemumur? Bagaimana untuk menghilangkannya?
Apa yang korang perlu tau sebenarnya, kelemumur ni bukanlah masalah korang tak tahu menjaga kebersihan sebaliknya ia memerlukan sedikit effort korang untuk merawatnya.
Ada yang kongsikan cara paling mudah adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, elak tekanan, pengambilan diet yang seimbang dan syampu rambut secara berkala.
Tapi korang tau tak, cara paling berkesan adalah dengan menggunakan syampu kelemumur yang sesuai dan berkesan.
Macam mana nak tau sesuatu syampu tu bagus ke tak? Korang boleh tengok ramai yang akan recommend atau mention sesuatu jenama tu di sosial media.
Di Twitter kami dapat lihat ramai yang mencadangkan jenama Selsun Blue sebagai syampu untuk rawatan kelemumur malah 99 peratus pengguna menyatakan Selsun Blue ni berkesan tau.
Apa beza Selsun Blue dengan syampu anti kelemumur yang lain?
Tak dinafikan syampu anti kelemumur yang dijual dipasaran kebanyakan dicipta untuk menangani masalah kelemumur. Namun begitu, apa yang membuatkan Selsun Blue lebih dipercayai dan menjadi pilihan ramai kerana ia diformulasikan sebagai syampu berubat yang dikhususkan untuk merawat kelemumur dan mengurangkannya daripada kembali.
Dengan 1% Selenium Sulfide sebagai ramuan utama, Selsun Blue berkesan untuk mengatasi kelemumur daripada jenis ringan sehinggalah degil.
Selain itu, Selsun Blue ni juga telah terbukti keberkesanannya secara klinikal dan kesan ketara penggunaanya dapat dilihat hanya dalam masa 2 minggu.
Kalau korang nak tau terdapat 3 pilihan untuk syampu Selsun Blue ni:
Selsun Blue Extra Strength (Selsun Blue Extra Kuat)
Syampu anti kelemumur yang bertindak melegakan kegatalan kulit kepala dan mempunyai mentol untuk sensasi rasa sejuk semasa mencuci rambut.
Selsun Blue Extra Moisturizing (Selsun Blue Extra Pelembap)
Syampu anti kelemumur dengan pelembab tambahan untuk memperbaiki rambut kering dan rosak.
Selsun Blue 2-in-1 (Selsun Blue 2 dalam 1)
Syampu dengan perapi anti-kelemumur, 2 dalam 1 untuk rambut yang normal.
Cara nak gunakan syampu Selsun Blue ni sama je macam korang gunakan syampu yang lain.
- Pastikan rambut dibasahkan dan tuangkan Selsun Blue pada tapak tangan kemudian gosokkan pada kulit kepala.
- Biarkan 1-2 minit agar bahan aktif Selenium Sulfide dapat berfungsi dengan berkesan melawan kelemumur.
- Bilas sebersihnya.
Ni kami nak pesan, yang syampu Selsun Blue ni korang tak boleh guna setiap hari kerana bahan Selenium Sulfide boleh menyebabkan rambut menjadi keras dan kering.
Korang disarankan menggunakannya maksimum 3 kali je seminggu dan bergantian dengan syampu rambut biasa.
Masalah kelemumur? Selsun Blue penyelesaian yang dicari
Pada korang yang ada masalah kelemumur tu, jangan bertangguh lagi nak selesaikan masalah kulit kepala korang. Gunakan Selsun Blue untuk selesaikan masalah korang.
Berita baik untuk korang yang nak mencuba syampu ni, Selsun Blue ada buat Merdeka Sale, di mana korang boleh menikmati potongan 15% dengan setiap pembelian syampu Selsun Blue dari 1-31 Ogos 2021.
Korang boleh membuat pembelian melalui kedai atas talian Shopee atau Lazada untuk menikmati tawaran ini.
Jangan lepaskan peluang ni, “When All Else Failed, There’s Always Selsun Blue”.
#SelsunBlueMY #FinalSolutionToDandruff #DandruffSolution
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.