Connect with us

Oh! Media

Rawat Kelemumur, Muslimah Berhijab Wajib Ikut 5 Cara Ini

Branded

Rawat Kelemumur, Muslimah Berhijab Wajib Ikut 5 Cara Ini

Keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, mendatangkan kesan kepada para pemakai tudung terutamanya masalah kelemumur yang sering dikaitkan dengan masalah kulit kepala berbau serta berminyak. 

Tambahan pula, ia mendatangkan senario yang memalukan ‘awkward moments’ apabila terdapatnya kepingan halus warna putih kelihatan dengan jelas sekali pada pakaian berwarna gelap. Macam-macam syampu dah dicuba tapi hasilnya tetap sama. Stresnya!

Dari mana datangnya kelemumur?

3 penyebab utama kelemumur adalah:

-Kulat Malassezia: 

Kulat ini bergantung kepada minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Jika tidak dikawal, sel kulit akan tumbuh secara berlebihan. Kulit lebihan yang mati akan menggelupas dan apabila bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala, ianya berkemungkinan besar menghasilkan kelemumur.

-Kulit iritasi dan berminyak: 

Cuaca Malaysia yang panas dan lembap menjadikan kulit kepala berminyak dan menyebabkan kelemumur serta rasa gatal  akibat daripada pemakaian tudung dalam jangka masa yang panjang.

-Penggunaan syampu yang tidak betul: 

Ia adalah amat penting untuk menggunakan syampu yang betul untuk mencegah masalah kelemumur. Penggunaan syampu yang salah tidak akan menyelesaikan masalah kelemumur malah akan menyebabkan masalah kelemumur berlanjutan. 

Cara cegah kelemumur

Untuk masalah ini, mudah sebenarnya, cuma perlu kembali kepada benda-benda asas. Jaga kesihatan kendiri, bersenam secara berkala, kurangkan tahap stres dan tukar anak tudung secara kerap. 

Tapi apa yang lebih penting adalah menggunakan syampu rawatan kelemumur. Kalau tidak rawat dari punca sudah tentu tidak akan menyelesaikan masalah. 

Syampu Selsun Blue adalah jawapan dicari-cari bagi penderita masalah ini. Ini memandangkan syampu Selsun Blue diakui berkesan 99% oleh penggunanya.

Kenapa syampu Selsun Blue?

Dalam bermacam-macam jenama syampu anti-kelemumur di pasaran, dari yang murah sampai paling mahal kenapa mesti Selsun Blue? Syampu Selsun Blue dirumus khas untuk merawat masalah kelemumur dan mencegahnya daripada berulang. 

Bahan utama, Selenium Sulfide 1% dalam syampu Selsun Blue juga terbukti secara klinikal untuk merawat masalah kelemumur dengan berkesan dan cepat. Pakai dengan konsisten dan dan pengguna boleh lihat kesannya dalam masa 2 minggu!

3 varian memenuhi keperluan berbeza

Selsun Blue Extra Strength: Syampu anti-kelemumur yang berfungsi merawat masalah kelemumur yang mengandungi menthol untuk melegakan kulit kepala gatal.

Selsun Blue Extra Moisturizing: Syampu anti-kelemumur dengan ekstrak Aloe Vera untuk memberi kelembapan ekstra untuk rambut yang kering dan rosak.

Selsun Blue 2-in-1: Anti-kelemumur dengan perapi untuk rambut normal. Varian ini membersihkan dan merapikan selain dirumus khas dengan Hyaluronic Acid & Vitamin B5.

3 langkah untuk rambut bebas kelemumur

1.Basahkan  dan syampu rambut dengan Selsun Blue.

2.Biarkan selama 1 hingga 2 minit untuk bahan aktif Selenium Sulfide bertindak ke atas kelemumur.

3.Bilas rambut sehingga bersih.

Tidak disyorkan untuk digunakan sebagai syampu harian kerana ianya boleh mengeringkan rambut. Had maksimum penggunaan yang disyorkan adalah tidak melebihi 3 kali seminggu.Ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur, kulit kepala gatal, berminyak dan berbau. Bertukarlah kepada syampu Selsun Blue sekarang.  Ada diskaun sehingga 10% juga sehingga hujung Jun ini. Pesan melalui Shopee untuk urusan pembelian lebih mudah. Untuk maklumat lanjut, ikuti Selsun Blue di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas