Oh! Artis
“Nak Tanggung Diri Sendiri Pun Sedih..” – Abby Abadi Bersuara Isu Poligami
Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tampil bersuara mengenai isu poligami.
Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Abby berkongsi pandangannya tentang betapa besar tanggungjawab seorang lelaki dalam berpoligami, bukan sekadar soal kasih sayang semata-mata.
Pandangan Abby mengenai poligami
Abby juga meluahkan rasa hairan mengapa masih ramai wanita rela ‘berkongsi kasih’ dalam keadaan suami belum tentu mampu menanggung seorang isteri, apatah lagi dua atau tiga.

Abby menegaskan bahawa dia tidak menentang poligami kerana ia memang dibenarkan dalam Islam.
Namun katanya, ramai lelaki yang tidak cukup ilmu dan kemampuan tetapi masih beria-ia untuk berkahwin lebih dari satu.
Nak tanggung diri sendiri pun sedihhh.. apatah lagi nak tanggung anak orang.. khennnnn..
“Kahwin bukan macam main masak-masak”

Menurutnya, menjadi seorang suami bukan tanggungjawab kecil apatah lagi jika mahu memikul amanah sebagai ketua kepada lebih dari satu keluarga.
“Takyah sembanglah.. Seorang pun makan minum pakai, tempat tinggal tak tertanggung sempurna.. apatah lagi kalau ramai” soalnya.
Tak setuju poligami tentang kasih sayang je

Menariknya, Abby turut mengulas mengenai satu thread yang dilihatnya di media sosial, yang menyatakan bahawa poligami bukan tentang kewangan tetapi tentang kasih sayang.
Abby berpendapat kenyataan tersebut sangat mengelirukan dan berbahaya jika dijadikan pegangan.
Namun, Abby berkata pendapatnya ini hanyalah umum tidak merujuk kepada sesiapa.
Pssttt! Setuju dengan pendapat Abby! Seorang suami haruslah tahu dan sedar tanggungjawab wajib sebelum berumahtangga, apatah lagi kalau nak kahwin lebih daripada satu. Jangan buat main tau! Dosa.
Kredit: Threads Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM