Connect with us

Oh! Media

Amelia Henderson Tak Mahu Minta Maaf Pada A.Aida Secara Terbuka

Ohmedia amelia Henderson

Oh! Artis

Amelia Henderson Tak Mahu Minta Maaf Pada A.Aida Secara Terbuka

Pelakon Amelia Henderson memilih untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit drama, Datuk A. Aida seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Menurut Amelia, dia mendapat perintah dari Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada Rabu bagi penggantungan untuk membuat permohonan maaf dan tidak perlu menurunkan semula video tentang A. Aida yang pernah dikongsikannya di sosial media.

Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berkata penangguhan itu diteruskan sehingga keputusan rayuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Oktober depan.

IKLAN

Saya hormati keputusan mahkamah sebelum ini. Tindakan rayuan ini adalah untuk membuktikan kebenaran di pihak saya. Saya telah mendapatkan nasihat peguam dan bukan buat keputusan sesuka hati.

Saya telah mula berlakon sejak kecil. Kalau ada yang mempersoalkan kerjaya ini, pasti saya akan terasa. Saya tidak akan melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada kerjaya.

Dalam pada itu, penerbit A. Aida memaklumkan dia masih menunggu permohonan maaf dari aktres itu serta meminta untuk menurunkan video fitnah terhadapnya di media sosial.

Tambahan, Amelia turut berkata dia lebih memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut berkenaan isu ini kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.

Mungkin ramai yang salah faham dengan tindakan saya ini. Saya pun tidak mahu menjawab sebelum ini kerana menghormati privasi kes yang sedang berjalan.

Apa yang saya harapkan semua orang akan mendapat keadilan dalam kes ini. Apa sahaja keputusan rayuan nanti saya akan hormati.

BACA: Amelia Henderson Bakal Ketahui Keputusan Rayuan Terhadap A Aida 24 Julai Ini

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram dan Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas