Oh! Artis
Amelia Henderson Bakal Ketahui Keputusan Rayuan Terhadap A Aida 24 Julai Ini
Pelakon Amelia Henderson bakal ketahui rayuan untuk membayar ganti rugi terhadap syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd pada 24 Julai ini.
Rayuan aktres itu berikutan kes saman perlanggaran kontrak sebuah drama pada tahun lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Amelia iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui prosiding yang dikendalikan secara dalam talian iaitu sistem ‘e-review’ pada Isnin.
Hari ini (semalam) cuma untuk dapatkan tarikh pengurusan kes baharu kerana alasan penghakiman belum siap.
Tarikh seterusnya adalah pada 24 Julai ini.
Sebelum ini, pada 18 April lalu, aktres Amelia telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Malah, pada 7 April lalu Mahkamah Seksyen telah perintahakan Amelia untuk membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd.

Hakim Zulqarnain turut memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000 sebagai pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada Aida selaku plaintif.
Tambahan, Zulqarnain juga membenarkan permohanan Aida atau Datuk Zaidah Awang untuk mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang Amelia daripada mengeluarkan kenyataan fitnah sama terhadapnya dan permohonan maaf kepada plaintif di akaun Instagram milik pelakon berdarah kacukan India-Scotland iaitu @ameliath
Sementara itu, A Aida juga meminta untuk video yang mengandungi kenyataan fitnah tersebut untuk dipadamkan.
BACA: Blacklist Seumur Hidup, Amelia Henderson Akhirnya ‘Digam’ Dari Berlakon Produksi A. Aida
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM