
Trending
Aliff Syukri Selamba ‘Sound’ Anak Dalam ‘Live’ Undang Kecaman Netizen
Video Aliff Syukri marah anak ketika live TikTok undang kritikan netizen.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila videonya memarahi dua orang anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah ketika sesi siaran langsung di TikTok menjadi tular.
Menurut laporan xtra, Aliff dalam video itu dilihat menuding jari ke muka anaknya sambil mengeluarkan kata-kata tegas kerana tidak berpuas hati dengan sikap mereka ketika live berlangsung.
“Saya bukan marah saja-saja” – Aliff Syukri
Aliff tampil menjelaskan yang niatnya bukan untuk menghukum, tetapi untuk memberi pengajaran mengenai erti usaha mencari rezeki.
Saya bangun seawal 5 pagi untuk live. Anak-anak tak pernah saya paksa pun siar sampai malam. Tapi mereka kena faham, ini kerja, bukan main-main.
Netizen tak setuju, kata tak patut tegur anak depan orang

Namun, ramai yang kurang senang dengan pendekatan tersebut. Rata-rata netizen berpendapat cara menegur secara terbuka di hadapan ribuan penonton bukanlah langkah bijak.
Ada yang menyuarakan kebimbangan tentang kesan terhadap emosi anak-anak dan menganggap ia sepatutnya dilakukan secara tertutup demi menjaga maruah mereka.
Pssttt! Menegur anak itu perlu, tapi cara dan tempat memainkan peranan penting. Teguran yang baik tak memalukan, malah membina keyakinan dan kasih sayang.
Kredit: xtra | Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
