Connect with us

Oh! Media

Ada Kesan Luka Baru Sepanjang 3 Sentimeter Belakang Kepala Amir – Polis

Trending

Ada Kesan Luka Baru Sepanjang 3 Sentimeter Belakang Kepala Amir – Polis

Terkini! Hasil siasatan pihak polis terhadap kes melibatkan kematian adik Zubaidi Amir mendapati banyak kesan lebam serta beberapa kecederaan lama dan baru di badannya.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat, Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu, Bapa Tiri

Hasil pemeriksaan juga menunjukkan kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala arwah yang dipercayai baru sahaja berlaku ke atas mangsa sebelum dijumpai mati.

Ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dan pihaknya masih dalam siasatan untuk mengetahui punca kematian adik Zubaidi Amir.

Siasatan ini amat penting bagi mengesahkan punca kematian mangsa sama ada disebabkan didera ibu kandung dan bapa tirinya atau akibat lemas seperti dakwaan sebelum ini.

Masih terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian, cuma kita boleh sahkan memang terdapat kecederaan terutama sekali di bahagian kepala dan beberapa anggota badan terutama di bahagian belakang mangsa.

Kami percaya kecederaan itu akibat dipukul dengan objek tumpul, namun kita masih melakukan siasatan rapi berkaitan perkara itu sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh atau dipukul oleh mana-mana individu. – Katanya.

Pihak polis juga menepis dakwaan mangsa telah meninggal selama tiga hari berikutan hasil siasatan mendapati mangsa baru sahaja meninggal dunia tiga jam sebelum pihak polis tiba.

Jenazah bagaimanapun akan diserahkan kepada waris yang sah selewat-lewatnya pagi esok untuk urusan pengebumian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas