Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat, Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu, Bapa Tiri

Cover Photo Om 1200 X 675 18

Trending

(VIDEO) Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat, Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu, Bapa Tiri

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditemui maut dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka. Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut dipercayai didera ibu dan bapa tiri berikutan terdapat kesan cedera serta lebam di anggota badan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumah.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, seorang wanita yang dipercayai kakak angkat mangsa telah meluahkan rasa pilu apabila mengetahui berita pemergian kanak-kanak ini.

IKLAN
Amir1
Amir2

Kanak-kanak ini dipercayai pernah mendapat perhatian ramai menerusi video perpisahan dengan keluarga angkatnya. Mangsa dipercayai diserahkan semula kepada keluarga kandung selepas 6 tahun dibesarkan keluarga angkat.

Sekarang kau dgn kitorang dah terpisah tak jumpa sampai bila-bila kitorang dah sampai Melaka mir nak jumpe kau buat kali terakhir.. semoga semua dipermudahkan yaallah

Kredit: Harian Metro , Tuhfah Nazihah Tarmidi

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas