Connect with us

Oh! Inspirasi

Abang Sanggup Tempuh Perjalanan Selama 2 Hari Naik Motosikal Hantar Adik Masuk Universiti

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang abang sanggup menghantar adiknya yang ingin mendaftar masuk ke universiti dengan menaiki motosikal.

Difahamkan mereka menaiki motosikal dari Sungai Udang, Melaka ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Apa yang lebih mengejutkan, apabila mereka telah menempuh perjalanan selama dua hari sebelum sampai di destinasi.

IKLAN

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia, individu yang dikenali sebagai Ee Tai Zhi telah disambut oleh pihak pentadbiran universiti ketika mereka sampai di Bangunan Canselori.

Ee Tai Zhi, telah mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti di Universiti Utara Malaysia.

Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.

Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman.

Pada dua jam yang lalu, di ruangan komen, Facebook Universiti Utara Malaysia telah memaklumkan bahawa abang kepada Ee Tai Zhi telah selamat sampai ke rumahnya di Melaka pada jam 10.30 malam tadi dengan menaiki motosikal.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas