Connect with us

Oh! Media

Baru Usia 12 Tahun, Seorang Kanak-Kanak Telah Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Malaya

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 29t110544865

Oh! Inspirasi

Baru Usia 12 Tahun, Seorang Kanak-Kanak Telah Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Malaya

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun mencipta sejarah kerana mendaftar masuk ke Universiti Malaya sekaligus menjadi pelajar termuda di Universiti tersesbut sejak penubuhan institut pengajian itu pada tahun 1962.

Screenshot 2024 09 29 110029

Menerusi laporan yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Fatimah Kari, Iz Emir atau Iz telah mendaftar sebagai pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.

Pelajar termuda mendaftar di UM sejak pertubuhan universiti itu pada tahun 1962.

Adik Iz Emir berusia 12 tahun dan mendaftar sebagai pelajar bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.

Difahamkan juga, ketika Iz berusia enam tahun dia pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mempelajari subjek tingkatan satu.

IKLAN

Pada usia (Iz) enam tahun, belajar subjek tingkatan satu UKM, menyambung pengajian O-Level pada usia lapan tahun dan pengajian A-Level pada usia 11 tahun.

Sejarah tercipta, Alhamdulillah.

Berita tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan hampir kesemuanya kagum dengan pencapaian dan kebijaksanaan yang diperoleh oleh adik Iz.

Namun, ada juga beberapa warga maya yang tidak bersetuju apabila Iz didaftar masuk ke Universiti kerana terlalu awal bagi usianya.

Disebabkan hal itu, Fatimah telah menghadkan hantaran yang dikongsi tersebut kepada beberapa pengguna sahaja.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 29t110544865

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas