
Trending
Abang Angkat Mimpi Adik Amir, Minta Dikebumikan Cepat
Oleh
Selepas mencapai kata sepakat, ibu angkat kepada kanak-kanak maut akur dengan keputusan keluarga kandung yang mahu mengebumikan jenazah adik Amir di Jasin Melaka.
BACA : Hasrat Keluarga Angkat Bawa Pulang Jenazah Amir Gagal
Meskipun hasrat untuk membawa pulang jenazah ke Rawang tidak kesampaian, Norlida Abu Hassan (ibu angkat) reda dengan keputusan tersebut.

Malah, dia berkata, kehadiran adik Amir dalam mimpi salah seorang anak lelakinya malam tadi membuatkan hatinya tenang.
Adik minta dikebumikan cepat. Itu permintaan dia kepada abangnya dalam mimpi malam tadi.
Alhamdulillah, Adik dah selamat dikebumikan dan saya reda apa yang berlaku.
Terima kasih kepada keluarga kandung dia yang bekerjasama dengan Ummi sehingga selesai (jenazah dikebumikan).

Ketika ditanya mengenai keadaan jenazah, Norlida memberitahu wajah ‘anak bongsunya’ itu segar seolah-olah bukan seperti orang sudah meninggal dalam empat hari.
(Sepanjang menjaganya) dia selalu tidur dengan saya, peluk saya sebelum tidur. Sebelum tidur dia akan tengok wajah saya dan saya tengok wajah dia.
Wajahnya (selepas meninggal dunia) tenang dan bersih, sama seperti apa yang saya tengok hari-hari (sebelum ini).
Dia juga berjanji untuk datang selalu menziarahi pusara arwah di Jasin kelak. Dalam keadaan hiba, dia memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
