Connect with us

Oh! Media

Netizen Berang Kedai Makan Sanggup Tukar Nama, Siap Klaim Sebagai ‘Waris Amir’

Trending

Netizen Berang Kedai Makan Sanggup Tukar Nama, Siap Klaim Sebagai ‘Waris Amir’

Baru sahaja 2 hari lepas jenazah Zubaidi Amir Qusyairy, 7 tahun, dilaporkan telah selamat di dikebumikan di Jasin, Melaka.

ADVERTISEMENT

Dengarnya percubaan bagi pihak keluarga angkat untuk membawa pulang jenazah Amir ke Rawang juga telah gagal setelah mereka tidak mendapat kebenaran daripada pihak keluarga ibu kandung Amir.

Dalam masa yang sama, telah tular di laman sosial apabila muncul sebuah kedai makan yang dikenali sebagai “Kari Kambing Pak Atan” di Jasin, Melaka, yang telah mendakwa mereka adalah waris kepada arwah Amir.

Apa yang lebih mengejutkan apabila baru-baru ini pihak itu dikatakan telah menukar nama kedai makan mereka kepada “Kari Kambing Pak Atan (Waris Amir)” dengan penambahan ‘Waris Amir’ di belakang nama kedai makan itu dan tindakan itu turut menimbulkan sedikit rasa ketidakpuasan di hati netizan. 

Rata-rata Netizen di laman sosial telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak tersebut yang dilihat seolah-olah seperti ingin memberitahu kepada semua bahawa mereka adalah waris kepada Arwah Amir. 

Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tersebut, salah seorang netizen telah bertindak untuk menukarkan nama kedai makan itu kepada “Kari Kambing Pak Atan (Waris Amir Gila Harta)” di Googlemap.

Terbaru, pihak Itu dikatakan telah pun menukarkan kembali nama kedai makan itu kepada yang asal.

Haihh, tak sangka ada juga ya yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Apatah lagi jenazah Amir baru sahaja lagi dikebumikan. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran buat semua.

Kredit: @AimanMMG

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas