Connect with us

Oh! Media

A. Aida Bakal Adakan Ujibakat Mencari Pelakon Baharu, Tidak Kisah Rupa Paras

a.aida

Oh! Artis

A. Aida Bakal Adakan Ujibakat Mencari Pelakon Baharu, Tidak Kisah Rupa Paras

Penerbit drama terkenal, A. Aida mengumumkan dia bakal mengadakan ujibakat mencari pelakon baharu bagi syarikatnya, A. Aida Productions.

ADVERTISEMENT

Pengumuman berkenaan diumumkan sendiri oleh A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menerusi laman TikToknya.

Malah, apa yang lebih mencuri tumpuan netizen ialah A. Aida memaklumkan bahawa mereka tidak akan menilai dari segi rupa paras yang cantik ataupun badan yang ‘sado’ untuk diambil sebagai pelakon.

Tambahan, pemilihan akan dibuat berdasarkan bakat dan gaya lakonan yang ada pada seseorang itu.

Siapa nak jadi pelakon, datang ke A. Aida Production okay?

Kali ini kita tak pilih rupa paras, badan, semua tak kisah. Semua kita terima.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan minat mereka untuk menjadi salah seorang pelakon di bawah naungan A. Aida Production.

A. Aida

A. Aida

Sebelum ini, penerbit yang berusia 53 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dia lebih mengutamakan pelakon lelaki yang kacak, ‘sado’ serta muda untuk menjayakan watak utama atau hero dalam drama terbitan syarikatnya.

BACA: A. Aida Geram ‘Dato’ S’ Hilang Selepas Pinjam RM1.3 Juta

Kredit: TikTok A. Aida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7260732482377583873?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas