Connect with us

Oh! Media

300 Orang Solat Jenazah Ghaib Di Masjidil Haram Khas Untuk Siti Sarah

Cover Photo Om 1200 X 675 45

Trending

300 Orang Solat Jenazah Ghaib Di Masjidil Haram Khas Untuk Siti Sarah

Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, apabila mendapat tahu hampir 300 jemaah telah melakukan solat jenazah secara ghaib di Masjidil Haram, Mekah.

BACA: “Pemergian Siti Sarah Sebagai Syahid Akhirat” – Imam Muda Asyraf

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shuib memaklumkan telah menerima kiriman video berkenaan solat jenazah ghaib itu khas buat allahyarham isterinya, Siti Sarah. Dalam hantaran itu, Shuib turut memanjatkan kebesaran buat Allah SWT yang mengasihi allahyarham.

IKLAN

Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah.

Menerusi sesi tahlil yang dijalankan secara virtual malam tadi, seorang individu memaklumkan saudaranya yang berada di Mekah telah memohon pertolongan imam masjid di sana melakukan solat jenazah ghaib buat allahyarham Siti Sarah. Menurutnya, solat jenazah itu dibuat selepas solat Zohor waktu Mekah dan dihadiri lebih 300 orang jemaah.

@missfasha18

Live #shuib Pengalaman Turun Ke Liang Lahad bersama isteri tercinta #sitisarah

♬ original sound – missfasha

Terdahulu, lebih 600,000 orang menonton curahan hati Shuib yang dilakukan secara langsung di laman Instagram pada petang Isnin. Dalam sesi itu, Shuib mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan isteri ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Walau sehebat mana pun usaha yang dilakukan, Allah SWT lebih menyayangi allahyarham isteri dan beliau sebagai suami meredhai pemergian itu. Beliau menyifatkan pemergian allahyarham sangat luar biasa dan segala urusan dipermudahkan sehinggalah menurunkan jenazah ke liang lahad.

Kredit: Shuib Sepahtu | TikTok missfasha18 | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas