Setiap tahun pastinya semua ternanti-nanti iklan Raya dari pelbagai jenama. Ada yang sedih meruntun jiwa, ada yang kelakar, ada muzikal dan bermacam jenis lagi.
Tahun ini tidak terkecuali, ini 20 iklan Raya 2025 wajib korang tonton sampai habis:
Siapa bakal jadi Papa Melati? Uncle Ropie ke Uncle Ramli. Haih, macam-macam. Paling random ada kemunculan Adnan Sempit, Mami Jarum dengan DCP Datuk Helmi.
Nak tahu siapa bakal bertakhta di hati Mama Rokiah sekaligus jadi Papa Melati? Kenalah tonton sampai habis. Penuh dengan adegan mencuit hati!
Julie’s Biscuit
Cucu meringkuk dalam penjara. Surat tak berbalas. Sampai tahap mana si atuk buat demi cucu kesayangannya?
Mampukah Johan belajar erti sebenar kemaafan kali ini? Saksikan iklan Raya lakonan Dato A. Tamimi Siregar, Dian P Ramlee dan Fimie Don kali ini, confirm berjurai air mata.
Carsome
,
Menjelangnya Raya tak sah kalau tak kelam-kabut. Ada-ada je yang nak disettlekan. Nasib baik ada Ayah.
Dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar-besar perkara, ada Ayah barulah Gerenti Raya!
KFC
Raya kali ni paling Meowriah sebab ‘majikan’ ada baju Raya sendiri! Baju Melayu ada, baju kebaya pun ada untuk anak dara.
Harap-harap nanti tetamu datang dorang boleh dapat duit Rayalah.
Air Selangor
Masa bujang soalan lain. Dah kahwin, soalan lain pula ditanya. Setiap kali Raya mesti soalan sensitif ni akan muncul.
Bagi Alyas dan Anum, mereka melaluinya bertahun-tahun bersama keluarga sendiri. Dengan kasih yang tak pernah pudar, mereka semakin kuat dalam menerima takdir. Mereka percaya Di Sebalik Syukur, ada hikmah berkasih sayang sesama manusia mereka temukan.
OPPO
Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, jangan sesekali kita melupakan golongan kurang bernasib baik.
OPPO bawakan #MakeYourMoment bersama rakan OPPO Janna Nick, Dini Schatzmann, Sharifah Rose serta YB Fadhlina Sidek (Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia) untuk detik Syawal lebih bermakna.
vivo
Seindah Potret, Selamanya Memori. Sekeping gambar mampu menyimpan pelbagai memori indah untuk kenang-kenangan selamanya.
Untuk mengabadikan kenangan terindah, Nadhir dan Anna memilih vivo V50. Nak tahu kisah sebenar di sebalik Seindah Potret, Selamanya Memori ini, kenalah tonton sendiri!
FUJIFILM
Jom sama-sama tonton kisah Fara, seorang gadis dari kota yang tercampak ke satu pekan asing. Siapa sangka dari pekan yang asing menjadi begitu dekat dengan Fara.
Sempena sambutan Hari Raya, FUJIFILM Malaysia membawakan filem pendek penuh makna ini, mengingati kita bahawa kenangan bukan sekadar sekeping gambar – ia adalah cerita yang menyatukan kita.
Hong Leong Bank
Tahun ni Alif Satar & The Locos bersama Hong Leong Bank ada lagu Raya. Memang vibes kemeriahan beraya kat kampung. Siap ada nenek tu paling win!
Kena layan lagu Raya paling sing along tahun ni dengan Alif Satar & The Locos.
Grab
Setiap pesanan yang korang buat bukan sekadar penghantaran—ia adalah rezeki buat abang-abang dan kakak-kakak Grab yang berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarga.
Di sebalik setiap perjalanan, ada kisah suka dan duka yang jarang kita dengar. Dan kali ini, iklan Raya Grab diarahkan sendiri oleh Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar sebenar—menjadikannya lebih bermakna dan dekat di hati.
Jom kita layan iklan Raya Grab dengan rasa penuh kebaikan dan rasa syukur.
Indah Water Konsortium
Tiada yang lebih menyentuh hati dari iklan Raya yang membabitkan soal kehilangan. Paling sedih, iklan Bunyi Sahur ini berinspirasikan kisah benar abang kepada pekerja Indah Water Konsortium.
Bunyi Sahur berkisar soal kasih sayang, pengorbanan, dan makna kesyukuran di bulan Ramadan Sham yang tinggal bersama ayahnya, Salleh yang kehilangan isterinya, Jah.
Kiehl’s bawakan drama #KiehlsCahayaRaya mengisahkan cabaran dihadapi si cantik, Raya yang penuh berliku.
Ada boyfriend tapi kena tinggal, dah niaga siap kena perli lagi tu. Mampukah Raya hadap semua ni? Jom sama-sama kita saksikan.
Haier
Pertama kali dengar mesti dah terngiang-ngiang. Mesti tak boleh lupa siap nak nyanyi sama-sama lagu Raya dari Haier ni.
Psst, tonton iklan Raya ni sampai habis dan join peraduan untuk peluang menang Upright Freezer HUR-331NE Raya ni.
Maxis
Apalah erti Raya tanpa keluarga di sisi. Walaupun dalam apa jua keadaan, kekal berhubung adalah amat penting.
Kisah balik Raya Acu adik-beradik terjadi insiden yang akan dikenang sampai bila-bila. Saat genting bertukar kenangan manis!
U Mobile
Bagaimana jikalau ditakdirkan hidup tanpa boleh mendengar dan bercakap? U Mobile membawakan kisah berinspirasikan komuniti ini.
Dengan kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI), mereka boleh mendengar suara orang kesayangan mereka untuk pertama kali. Mesti ramai teruja nak tonton sendiri reaksi setiap daripada mereka kan?
CelcomDigi
Cabaran dan dugaan menjadi peneman hidup Melor. Rasa syukur adalah penguat untuk si gadis ini menghadapi segalanya.
Masih berbaki lagikah kekuatan dan harapan dalam diri Melor untuk menyambut 1 Syawal lebih bermakna bersama ibu tercinta?
ParamountProperty
Raya bukan hanya tentang persiapan dan sambutan penuh kebahagiaan dengan keluarga tapi lebih dari itu.
Ia tentang mengingati asal-usul, menghargai kasih yang menyatu, dan menyulam kembali hubungan erat yang lebih bermakna. Selamat Hari Raya dari dari Paramount Property.
Sunway
Raya adalah waktu di mana tradisi diteruskan melalui tangan yang menguli, hati yang memberi dan ikatan yang semakin erat setiap kali kita berkongsi saat indah.
Dengan membakar kuih-muih Raya, kita mengekalkan keunikan rasa, menghidupkan kenangan lama, dan menghayati semangat memberi.
Begitu juga di Sunway, di mana tradisi dan pembelajaran bergabung untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua. Sunway mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri!
MR. DIY
Kali ini MR. DIY bawakan filem web mengisahkan makna Raya sebenar untuk Diyanna. Apa makna Raya? Hanya makan-makan, berbaju baru dan berkumpul dengan keluarga ke?
Paling istimewa tentunya ada penampilan aktor kacak Syafiq Kyle!
Kawan Food
Meriah! Nampaknya banyak video Raya tahun ni menerapkan elemen muzikal dalam video mereka. Kawan Food tidak ketinggalan dengan Rasa Sayang KaWan Raya.
Dengan setiap suapan, memori indah tercipta, berkongsi rasa kasih sayang dalam cara sederhana namun akan menjadi kenangan sepanjang masa.