Tindakan biadap vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy mengutuk undang-undang kerajaan Malaysia membawa padah apabila Festival Good Vibes 2023 (GVF2023) diarah batal serta merta.
Keputusan itu dibuat Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil selepas perbincangannya dengan pihak penganjur sejurus kejadian kontroversi Matt Healy.
BACA: Fahmi Fadzil Arah Batal Festival Good Vibes Serta Merta Gara-Gara Kelakuan Biadap Matty Healy
Memetik laporan Astro Awani, pada Jun lalu, penyertaan kumpulan The 1975 tidak diterima Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).
Tetapi pihak penganjur festival itu membuat rayuan pada Julai memohon kumpulan dari United Kingdom itu diberi peluang.
Dalam surat rayuan itu mereka turut sertakan surat aku janji daripada pengurus kumpulan mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya, termasuk pengurus dan penganjur, terhadap persembahan tersebut.
Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, Fahmi telah mengarahkan JK-PUSPAL untuk mengeluarkan senarai penambahbaikan berhubung tatacara permohonan.
Menurut Fahmi, garis panduan PUSPAL adalah jelas namun insiden seperti tempoh hari berlaku keadaan keterlanjuran dan sangat biadab.
Saya dah mengarahkan PUSPAL memberi kepada saya minggu depan, senarai penambahbaikan atau pembetulan, klarifikasi perlu dibuat sebarang tatacara permohonan dan proses memastikan tidak berulang masalah seperti ini.
Dalam perkembangan terkini, susulan kontroversi yang dicetuskan di Malaysia, kumpulan The 1975 telah membatalkan konsert di Indonesia dan Taiwan. Konsert di Jakarta dijadualkan hari ini manakala di Taiwan pada 25 Julai (Selasa).
Selain kutuk undang-undang, Mat Healy rupa-rupanya buat kacau apabila minum arak di atas pentas dan memecahkan telefon serta drone yang diterbangkan dengan alasan ‘tak ada mood’.
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.