Connect with us

Oh! Media

vivy yusof

Trending

11 Beg Tangan Mewah Milik Vivy Yusof Dirampas SPRM, Jam Tangan Bernilai RM200,000 Turut Disita!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu telah menggeledah rumah pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Dalam serbuan yang dilakukan, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000.

IKLAN

SPRM serbu rumah Vivy Yusof

vivy yusof

Memetik sumber Astro Awani, sitaan tersebut melibatkan rumah pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke SPRM untuk memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman pada 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Dilaporkan, serbuan tersebut melibatkan 12 pegawai SPRM dan turut disertai peguam pasangan tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan mengenai serbuan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menjadi peringatan kepada kita tentang kepentingan integriti dan amanah, terutama apabila melibatkan hal-hal berkaitan perniagaan dan harta awam. Tidak cukup dengan hanya perkataan maaf untuk menyesali apa yang sudah berlaku.

vivy yusof

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas