Connect with us

Oh! Media

Vivy Yusof SPRM

Trending

Ini Perkembangan Terkini Mengenai Kes Melibatkan Vivy Yusof Dan Suami

Proses siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, diteruskan pagi ini di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan suami isteri ini dikatakan perlu hadir untuk sambung memberikan keterangan pada jam 10 pagi ini.

IKLAN

BACA: Vivy Yusof Akui Gagal, Ambil Tanggungjawab Penuh Kerugian RM43.9 Juta Khazanah Dan PNB

Sesi rakaman keterangan mereka berlangsung sehingga 10.30 malam semalam bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. 

Bukan tu jer, mereka juga telah melalui sesi soal siasat selama lapan jam pada kelmarin.

SPRM sahkan sesi rakaman keterangan Vivy Yusof dan suami diteruskan

vivy yusof

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa sesi rakaman keterangan terhadap Vivy Yusof dan suaminya akan disambung pada pagi ini. 

Mereka adalah antara enam individu yang sedang disiasat oleh SPRM selepas serbuan yang dilakukan di empat lokasi berbeza oleh pegawai penyiasat.

FashionValet disiasat berhubung kerugian dana pelaburan

fashion valet

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa SPRM telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana oleh Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta. 

Siasatan ini dilakukan bagi memastikan semua aspek perundangan dipatuhi, dan bagi memberi pencerahan terhadap dana pelaburan yang dikatakan mengalami kerugian besar.

#OhmediaNasihat

Kita perlu ingat bahawa dalam dunia perniagaan, integriti dan ketelusan adalah asas yang sangat penting. Kes seperti ini menjadi pengajaran bahawa setiap keputusan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab, terutama apabila melibatkan dana pelaburan. 

Sebagai usahawan atau pelabur, pastikan setiap langkah yang diambil adalah telus dan sah, agar tidak mencemarkan kepercayaan dan kredibiliti yang dibina.

Vivy Yusof SPRM

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas