Connect with us

Oh! Media

Jom Ke Busan, Wajib Cuba 5 Aktiviti Menarik Di Sana

Oh! Travel

Jom Ke Busan, Wajib Cuba 5 Aktiviti Menarik Di Sana

Annyeonghaseyo Korang!

ADVERTISEMENT

Korang mesti rasa bosan kan kalau bercuti ke Korea je pergi Seoul atau Jeju. Tahu tak dekat Korea juga korang boleh menikmati pelbagai aktiviti dan pemandangan indah di Busan.

Busan merupakan bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan dan sering menjadi ‘hotspot’ bagi pelancong kerana keindahan alam semula jadi yang terdiri daripada gunung-ganang, pantai dan makanan laut yang segar.

Bandar Busan juga mempunyai landskap bandaraya dan perkampungan yang mengagumkan dengan seni dan budaya mereka. Siapa peminat Korea mesti tahu yang Busan mempunyai dialek mereka sendiri digelar sebagai ‘satoori’. Dialek mereka juga sering digunakan dalam beberapa K-Drama.

Jom kami kongsikan beberapa aktiviti menarik di Busan.

Mandi-manda di Pantai Haeundae

Pantai Haeundae merupakan antara pantai tercantik dan popular pada musim panas kerana air lautnya yang biru dan kawasannya yang besar sepanjang 1.5 kilometer. Suasana pada waktu malam juga sangat meriah dengan persembahan artis jalanan yang ala-ala Kpop.

Selain itu, ada juga restoran dan hotel berdekatan kalau nak singgah tidur disini. Menariknya, kalau anda bercuti bersama anak kecil terdapat Busan Akuarium. Terdapat ribuan jenis spesis ikan dipamerkan di tangki besar dengan pelbagai warna dan saiz berenang di sekeliling anda.

Menghayati keindahan alam semula jadi di Taman Taejongdae

Taman yang berukuran sepanjang 5 kilometer ini merupakan taman semula jadi dan merupakan kawasan berbukit dengan pemandangan laut yang menarik. Merupakan lokasi yang popular di kalangan pelancong kerana menjadi tumpuan mereka terutama pada waktu matahari terbenam.

Siapa nak ‘healing’ tu boleh la singgah sini sebab keindahannya tu dapat digambarkan dengan kata-kata.

Makan makanan laut segar di Pasar Ikan Jagalchi

Dah kalau singgah Busan jangan lepaskan peluang menjamu makanan laut segar di sana. Pasar Ikan Jagalchi merupakan salah satu pasar ikan terbesar kat Asia. Terletak bersebelahan dengan Yongdusan Park. Terdiri daripada tujuh buah tingkat yang mengandungi tempat jualan makanan laut, ada juga deretan restoran, bilik pameran, karaoke dan banyak lagi.

Jika korang teringin nak makan Ketam Snowcrab atau King Crab yang besar boleh juga cuba makan disini dengan harga yang berpatutan. Jangan lupa cuba makan sotong kurita hidup-hidup juga.

Gamcheon Cultural Village

Gamcheon Cultural Village juga digelar ‘Santorini of Korea’ adalah lokasi wajib dilawati jika bercuti di Busan. Terletak di kaki bukit yang menghadap pelabuhan, menjadikan sebuah perkampungan dengan pemandangan yang indah.

Menariknya di sini, deretan rumah seperti susunan kiub yang berwarna-warni iaitu warna pastel lembut. Dihiasi dengan mural dan hiasan lain yang sangat unik dan kreatif.

Cafe-hopping di Jeonpo Cafe District

Tak sah kalau tak datang Korea tak singgah kafe-kafe dia yang menarik dan unik kan?

Siapa penggemar kopi, manisan, pastri boleh la singgah di Jeonpo Cafe District. Merupakan kawasan perindustrian pada waktu dulu sehingga kini dan mempunyai kira-kira 30 buah kafe yang moden dan unik antaranya Vintage 38, Inouf dan FM Coffee House. Di sini juga anda boleh la tangkap gambar banyak-banyak sebab kafe ni sangat ‘instagrammble’.

Banyak sebenarnya aktiviti boleh buat dekat Busan selain menikmati pemandangan bandar mereka yang indah. Kalau datang Busan jangan lupa lawati tempat menarik ni okay!

Kredit: Tripzilla

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas