Connect with us

Oh! Media

Wanita Geram Kereta Habis Calar Selepas Jiran Main Mercun Tak Beragak

kereta calar

Trending

Wanita Geram Kereta Habis Calar Selepas Jiran Main Mercun Tak Beragak

Sudah cukup lama kita hidup dalam satu negara yang ada pelbagai kaum dan sepatutnya perkara itu membuat hubungan sesama kaum semakin erat, tetapi tidak dapat dinafikan ada juga yang bersikap mementingkan diri.

ADVERTISEMENT

Seperti kisah seorang wanita ini di TikTok, difahamkan dia tinggal di kawasan kejiranan yang mempunyai pelbagai kaum akan tetapi akui semuanya tidak mesra.

Melalui perkongsian video tersebut, wanita itu menceritakan kejadian yang telah berlaku ketika jirannya menyambut hari perayaan, mereka seolah-olah tidak kisah tentang keselamatan jiran lain apabila sewenang-wenangnya bermain mercun tanpa melihat keadaan sekeliling.

@raragiloss Reply to @airie_mocha ♬ မူရင်းအသံ – zsptsanzarni0701

Bagaimanapun, wanita tersebut hormat perayaan mereka cuma geram apabila keesokan paginya melihat dua buah keretanya yang diletakkan di hadapan rumah dipenuhi dengan kertas mercun serta hancur.

 Agak-agaklah nak beraya woi! Sebelum nak pasang tu boleh je bagitahu kan?!

Lebih membuatkan dirinya berasa geram, percikan mercun yang dimainkan oleh mereka itu telah meninggalkan kesan calar kepada keretanya.

Komen TikTok

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen turut berasa geram biarpun tidak berada di tempat wanita itu dan ada yang meminta wanita tersebut menyaman jirannya kerana tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas