Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Penampakan ‘Kelibat Berkepala Senget’ Cetus Persoalan Netizen

Oh! Tidak

(VIDEO) Tular Penampakan ‘Kelibat Berkepala Senget’ Cetus Persoalan Netizen

Sejak akhir-akhir ini, penggunaan dashcam pada kereta telah banyak digunakan oleh masyarakat bagi merakam video sepanjang perjalanan yang dilalui.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Misteri Tiga ‘Kelibat’ Tepi Jalan Jadi Tanda Tanya

Ia juga mampu dijadikan sebagai bahan bukti jika berjaya merakam sesuatu kejadian dan turut memudahkan kerja pihak berkuasa.

Namun terdapat juga sesetengah individu yang memandu pada waktu malam dan menerima ‘nasib kurang baik’ apabila terserempak dengan perkara-perkara ghaib.

Video mahkluk berkepala senget?

Kejadian yang sama turut berlaku apabila tular sebuah video memaparkan sesosok mahkluk yang kelihatan kepalanya senget berjaya dirakam oleh seorang individu.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook bernama @Kay On yang telah berhadapan dengan mahkluk itu selepas pulang daripada memancing.

Ada “sesuatu” yang berdiri di tepi jalan, aku tak pasti apa?

Kejadian baru tadi, ini aku dalam perjalanan pulang dari memancing seorang diri.

tangkap layar gambar entiti berkepala senget

Menurutnya, dia berniat untuk kembali ke lokasi kejadian, namun terpaksa membatalkan hasratnya setelah mengetahui minyak keretanya hampir habis.

Fikir nak uturn balik, tapi malas lah, sebab minyak kereta dah nak habis.

Katanya lagi, jalan yang dilaluinya itu adalah sangat sepi pada waktu itu tanpa kelihatan sebarang kenderaan, lampu serta penduduk di kawasan tersebut.

Jalan ni memang sunyi sepi, boleh dikatakan sepanjang perjalanan, langsung tiada kenderaan lalu, tiada lampu jalan dan tiada penduduk.

Tayar pancit selepas kejadian

Selain itu, pengguna itu turut mendedahkan bahawa tayar keretanya pancit sejurus selepas melihat mahkluk tersebut sambil memuat naik sebuah gambar.

Nasib aku tak baik hari ini, tayar kereta pancit lepas nampak “benda” tu. Tak apa dah selesai tukar tayar spare.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen telah tampil memberikan pelbagai pendapat selain turut berkongsikan kisah disebalik kejadian tersebut.

‘Dia’ pancitkan sebab nak tumpang..

Terdapat juga komen dari beberapa netizen yang mendakwa terdapat seseorang yang sengaja meletakkan paku bagi melakukan perkara yang tidak baik.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 120,000 tontonan serta 1,200 tanda suka.

Kredit: Facebook Kay On

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top